xxx | i believe you

1.8K 248 80
                                    

A/N

Part lepas author tak dapat reply sangat komen korang sebab Wattpad buat hal, noti sengaja tak masuk memandangkan author belum update.

Sorry eh 🙏

Tetapi berdasarkan apa yang author ada baca, ramai tak faham apa sebenarnya kisah Rupert ni. Mungkin sebab jarang update atau sebab part Rupert dan Alice gaduh tu dah lama sangat, ramai yang lupa jalan cerita dia.

So, sini author terangkan sikit.

Ada antara korang yang tak ingat siapa Rupert. Rupert Ingell ni Putera Raja Jerman yang banyak selamatkan Alice pada waktu kecemasan dalam buku satu. Dia panggil Alice dengan nama Allyn. Rupert ni biasanya baik hati, sentiasa senyum, dan gentle. Tetapi masa dia dan Alice pergi cafe dalam part vii | ecstasy espresso, Rupert ni—yang jarang-jarang cakap benda tak baik ni—sebut tentang hal sensitif yang sakitkan hati Alice. Tentang status Alice sebagai orang biasa. Sejak peristiwa tu, Alice yang sentap dan insecure dengan kata-kata Rupert selalu elakkan diri dari dia. Mula-mula Alice cuma nak balas balik apa Rupert cakap kat dia, saja buat Rupert sakit hati, tapi lama-kelamaan hubungan diorang makin janggal sampaikan dah tak cakap langsung.

Sekarang korang dah faham?

Meh sini kita fahamkan lebih dalam.

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

❝ To shine your brightest light is to be who you truly are. ❞

"Thanks to everyone, Granté Royal Academy's first ever Sports Championship has become great success. Congratulations!"

Senyuman lebar namun dipaksa terlukis di bibirnya disambut dengan tepukan gemuruh daripada semua. Sempat dia menunduk sedikit di hadapan podium sebelum bergerak turun dari pentas. Laju kakinya melangkah ke belakang tabir, meninggalkan bunyi letupan dan sorakan meriah sebagai tanda berakhirnya Sports Day tersulung akademi di belakang.

Masuk sahaja ke dalam bilik air, terus pili air dipusingkan kepada maksimum lalu dia melarikan tangan di air yang mengalir. Dingin. Namun dia tidak puas lagi. Tidak sehingga dia meletakkan kepalanya di bawah muncung paip, membiarkan rambutnya dihujani air yang sejuknya mampu menusuk sampai ke rongga tulang.

Segala bunyi lain di sekeliling lenyap ditenggelami tangisan air yang mengalir deras di seluruh kepalanya. Tarikan nafas terpaksa dia tahan apabila hidungnya mulai tersumbat dengan air tetapi dia masih lagi kaku di situ. Meskipun saluran pernafasannya kian sesak, dia mahu berada dalam keadaan ini lebih lama, dalam keadaan lemas ini lebih lama. Kerana hanya dengan cara ini dia dapat mengulang kembali setiap detik berlakunya tragedi hitam yang menghantui dirinya selama ini.

Walaupun dia tidak akan mampu mengubah apa-apa lagi.

// flashback //

Sudah naik jemu dia menjadi penonton persembahan puisi abangnya sejak tadi. Tak pandai habis-habis lagi dengan rangkapnya yang asyik berulang tetapi itu pun Rupert masih tak faham apa maksud tersirat disebalik puisi yang dideklamasikan oleh Rudolf kebelakangan ini.

"Blooms from the happy heart’s garden,
Plucked in the spirit of love,"

Setiap bait perkataan itu dinadakan dengan begitu syahdu lagi romantis membuatkan Rupert rasa nak muntah melihat air muka abangnya yang nampaknya terlalu menghayati puisi.

Putera HatiWhere stories live. Discover now