xxii | curing his haphephobic

2K 263 104
                                    

A/N

Tahap mengarut part ni memang tak boleh bawak bincang.

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝  Do things for people not because who they are or what they do in return but because of who you are. ❞

"It's only when I get older that I finally know what I touched that day."

Tubuhnya yang membelakangiku nampak lebih besar dari sudut ini. Aku seakan dapat lihat, ketika belakang badannya masih kecil dulu, bagaimana seorang kanak yang tidak berdosa terpedaya oleh sepupu sendiri hanya kerana dendam keluarga. Memang beginikah lumrah keluarga diraja? Penuh dengan dendam kesumat dan benci semata-mata.

"But until one day, I feel... my life is starting to change."

Kazuto berpaling menghadapku setelah sekian lama termenung jauh ke luar tingkap.

"My monochrome life is starting to gain more colours."

Langkahnya dibawa menghampiriku sebelum dia mendudukkan diri di atas kerusi bertentangan denganku.

"Ever since I met this one girl in autumn, I am less empty, less lonely, less afraid. I feel things I never felt. I do things I never did. I see the world in a way I never saw. She's so bright that I can't sense any evil inside her, like I usually did to everyone else."

Bibirnya terangkat sedikit demi sedikit, membentuk satu senyuman tanpa dia sendiri sedar.

"That girl got a light that never seems too fade, like the sunshine in summer."

Pandangannya yang sedari tadi tertunak ke luar tingkap akhirnya beralih kepadaku, dan berhenti di situ.

"The girl is you, Alice Allyna."

Darahku berderau selaju bayu yang berhembus tatkala kata-kata itu diucapkan dari mulut Kazuto. Kesan daripada terlalu gementar, tanganku asyik mengatur juraian rambut yang melekat pada muka yang terasa semakin panas.

"Ka-Kazuto, I think that's too much. I'm not perfect, I also have my own kind of dark side."

Aku mulai gugup pabila melihat senyuman yang semakin lebar menghiasi wajah Kazuto. Rambut hitamnya sesekali beralun diusap silir yang menjenguk masuk melalui tingkap.

"That's to you, but to me, it's different."

Balasnya dengan senyuman yang tak lekang di bibir padahal dulu dialah yang paling susah nak senyum. Adakah aku dan Kazuto dah bertukar badan? Kenapa aku pula yang terlebih malu macam dia waktu mula-mula kami kenal dulu?

"Your touch is harmless. For a haphephobic like me, it is something between panic and calm. That's why I choose you to help me."

Tambahnya. Aku yang sedaya upaya menyembunyikan wajah yang merah bak tomato menyoal lagi.

"But again, why me? Why not your mother? She knows you more than I do."

Senyumannya sedikit memudar mendengar soalanku.

"Because I hate her, for not visiting me in the prison for ten years."

Terus terang jawapan dia beri turut membuatkan aku terbungkam. Dia... benci ibu dia sendiri? Tetapi kalau aku berada dalam situasi dia, mungkin aku juga rasa perkara yang sama.

Putera HatiWhere stories live. Discover now