A/N
Thank you bebanyak kepada korang yang sudi vote dan comment dekat chapter lepas✨ Banyak sangat komen sampai author tak dapat reply macam biasa tapi author akan ucap kat sini...
Author sayang korang ketat-ketat sumpah tak tipu 🥺❤
Author doa jodoh korang pun hensem jugak aums 🙈
Nah, janji ditepati! Enjoy your longgg read 💁♀
Words count : 7000+ terlebih pulak sebab author berkali-kali kena author's block waktu tengah tulis part ni. Memang struggle habis 😔
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ Love is the flower you've got to let grow. ❞
Acara penutupan Sports Day tersulung bagi Akademi DiRaja Granté berlangsung dengan gilang-gemilang sekali. Puluhan bunga api dilepaskan ke ruang udara menggegarkan atmosfera di serata akademi yang sudah sedia bergempita dengan sorakan para pelajar. Langit membiru terang yang menjadi pentas tari kelopak-kelopak bunga ceri turut sama meraikan hari yang meriah ini.
Namun, ketika seluruh warga akademi sedang bersuka ria di perkarangan stadium, ada juga segelintir antara mereka yang tidak segembira pelajar lain dan salah seorang daripadanya sedang mengurung diri di dalam bilik. Di atas kerusi bersebelahan tingkap dia duduk termenung dengan kedua-dua lututnya dipeluk erat ke dada.
Pandangan dia jatuhkan pada kawasan akademi yang diwarnai bendera serta kain rentang emas, merah, biru, kuning dan hijau sambil dagunya direhatkan di atas kepala lutut. Satu keluhan berat terlepas dari bibirnya sebelum seluruh wajah dibenamkan ke dalam lutut.
"Bod*h punya Alice. Kenapalah kau asyik lari dari masalah?"
Pelukan pada lutut dieratkan pabila mutiara jernih mulai jatuh ke pipinya. Alice biarkan sahaja air matanya terus-menerus mengalir tanpa esakan mahupun sedu-sedan. Matanya yang beranak sungai tertancap pada langit, bersinar-sinar tatkala cahaya matahari mendarat di atas sepasang iris sehitam karbon miliknya.
Tok tok tok!
Tiga kali ketukan pada pintu menariknya daripada monolog perasaan kembali ke alam nyata. Dia terpaku di kerusi serba empuknya untuk seketika sebelum ketukan gelombang kedua menumpaskan sunyi di dalam biliknya.
"Y-Ya, saya datan- I mean, I'm coming!"
Bulu mata yang saling melekat antara satu sama lain dia keringkan menggunakan baju seraya membawa langkah menghampiri pintu. Tombol dipulas lalu daun pintu dikuak tanpa teragak-agak. Dan gerangan yang berdiri di muka pintunya kini tidak dia sangka sama sekali.
"You are..."
Bukan rakan sekelasnya. Bukan juga pelajar akademi ini. Dia orang lain. Orang... luar. Tetapi Alice kenal siapa dia.
"Richard of Stillé Cafe. Am I right?"
Jari telunjuk dihalakan tepat kepada lelaki berkulit gelap di hadapannya ini. Bibir yang cerah, kontra dengan warna kulitnya itu mengukir senyum ikhlas menimbulkan lesung pipit yang dalam di kedua-dua belah pipinya. Mata yang sehitam rambutnya itu bersinar dengan cahaya apabila dia bersuara,
"You're absolutely right, Miss Alice."
Dia menunduk hormat beserta dengan tabikan bagaikan Alice adalah seorang puteri, membuatkan gadis itu berasa kekok tetapi pada masa yang sama tipulah kalau cakap dia tak bangga.
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
