v | new kid?

3K 279 148
                                        

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ Strive for progress,
not perfection.❞

Siapa... lelaki ni?

Wajah asing itu aku tenung lama. Kacaknya boleh menandingi sesiapa sahaja di dalam Grade 2 Tetris, dan tak lupa juga seorang lagi di Grade 2 Rubic. Rambutnya yang hitam dengan sedikit tona coklat disikat tak kemas. Hot mess nak katakan.

Jelingan sakaratul maut dia berikan kepada semua mata yang memerhati. Lagaknya mengalahkan perangai suka cari pasal aku, Curt dan Feliks, mengalahkan kebiadapan Livio, mengalahkan kedinginan Kazuto. Kepalanya berhenti berpusing apabila pandangan matanya bertemu denganku, menghantar satu renjatan elektrik ke seluruh tubuhku yang mulai berpeluh dingin.

"Engkau ke yang nama Alice tu? Budak paling femes sekolah ni, kononnya."

Ujarnya dengan nada sarkastik yang teramat dan aku rasakan Livio tengah tergugat sekarang walaupun dia tak faham apa budak ni cakap.

"Kalau ya?"

Mendengar respons aku, dia tergelak penuh sinis lagi palsu. Tambahan, lebih palsu daripada gelak aku. Kami semua hanya memandang satu sama lain sambil mengangkat bahu. Apa yang kelakar sangat? Kitorang tak faham.

"Alice...something's not right."

Feliks menepuk bahuku perlahan. Aku hanya membalas dengan anggukan perlahan dengan mataku melihat tepat pada lelaki yang menekup wajah menahan tawa yang dipaksanya keluar. Palsu sungguh.

Tawanya yang bergema kuat di dalam kelas mulai perlahan dan lama-kelamaan, hilang. Dalam sekelip mata, air mukanya berubah bengis bak mak tiri Cinderella.

"Aku ingatkan kau hot setap setup sangat macam orang kata. Sekali tengok, hilang terus selera aku."

Katanya penuh selamba, like there's no big deal, sambil memasukkan semula lollipop ke dalam mulut.

"Tapi still, kau memang indah khabar dari rupa. Mati-mati aku berharap dapat sekelas dengan satu-satunya budak pompuan sekolah ni. Bukan main lagi aku rasa bertuah bila tengok senarai nama kelas pagi tadi. Hish fake hope tul ah!"

Serius weh mulut mamat ni memang takde insurans ke? Sudahlah dia penyebab Hawkin pindah kelas, datang sini terus main cakap lepas. Dasar jantan tak guna.

"Eh? Asal tak gerak? Tak dengar? Nak aku ulang lag-?"

Tanpa berkata apa-apa lagi, aku terus membaling beg sandangku ke atas kepala lelaki bermulut puaka ini. Kelas yang tadinya sunyi lagi sepi kini bertukar kecoh akibat tindakanku itu.

"Whoa! Alice, chill!"

Yeah chill bro, ini baru sekali.

"HAMEK NI HAMEK HAMEK HAMEK KAU LAHANET!"

Beg sandang yang mendarat tepat di atasnya, aku angkat lagi tinggi-tinggi dan dilepaskan semula. Berkali-kali aku ulang perkara yang sama sampailah aku puas tetapi sampai sekarang aku masih tak puas bermaksud aku belum berhenti lagi.

"Woi kau gila ke apa hah pompuan? Sakitlah bod*h!!"

Lelaki yang sedang aku hentam sepuas hati sekarang ini mengerang kesakitan. Rilek lu, hati aku lagi sakit kot ditikam dengan kata-kata kau.

"Lice Lice calm down!"

Kini, satu kelas telah mengerumuni kami. Ada yang cuba menahanku daripada terus membantai lelaki ini. Ada yang nak tolong tapi tak mampu. Ada yang ikut serta aku 'buat kerja'. Pandai-pandailah korang teka siapa buat apa.

Putera HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang