x | the golden leaf

2.5K 284 49
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

❝ Relationships include : fights, jealosy, arguments, faith, tears, disagreements, but a real relationship fights through all that with love. ❞

Hentakan kuat antara tapak tangan dengan meja kayu jati itu berjaya membuatkan Feliks terundur setapak ke belakang manakala Alice pula berusaha mengekalkan ekspresi wajah yang tenang walaupun jantungnya hampir terjatuh.

"The bomb is one thing, but the real problem is..."

Air liur yang berkumpul sebesar buah golf di anak tekak mereka telan serentak.

"-WHAT WERE YOU TWO KIDS DOING IN THE PROHIBITED AREA?!"

Tengkingan kuat seorang lelaki yang kemas berkemeja putih itu bergema di dalam bilik pengetua. Dia menghempaskan tangan ke atas meja berkali-kali sehinggakan berbilion sel kulitnya sudah pun terkorban. Alice dan Feliks yang berdiri di hadapannya hanya menundukkan kepala, nampak begitu pasrah akan takdir.

"ANSWER ME!"

Nak dijadikan cerita, Alice dan Feliks yang pada mulanya sangatlah berhati murni lagi jujur untuk melapor tentang kejadian bom sebelum ini kepada Tuan Pengetua, iaitu Mr Adam dengan harapan mereka akan dipuji selain menjadi pelajar contoh kerana keberanian luar biasa mereka. Namun sebaliknya, akibat terlupa bahawa mereka telah melanggar peraturan sekolah, tindakan melapor yang dicadangkan oleh Feliks ini juga menjadi suatu musibah. Bak kata pepatah Alice, sudah dibom ditimpa Pengetua.

"L-look Sir-I mean, Mr Principal we were just out for a while tooo... err... To search for my missing pet!"

Feliks memberi cubaan untuk menerangkan ( dan menipu ) tentang kejadian yang berlaku dalam keadaan tergagap-gagap. Sekali lagi duo tersebut diserang panik apabila Tuan Pengetua menghentak meja dengan penuh amarah.

"THEN EXPLAIN THE REASON WHY YOU BROUGHT THE SKI WITH YOU?!"

Tuan Adam yang merupakan Pengetua Akademi DiRaja Granté, juga merangkap Datuk Bandar Granté ini memiliki rambut hitam berkilat yang masih lebat walaupun sudah berusia sekitar 40-an. Cuma pernah muncul sebanyak dua kali sahaja dalam buku satu, beliau terkenal dengan sifatnya yang mengambil mudah serta berupaya menyelesaikan pelbagai masalah dengan tenang. Namun sekarang cuba anda bayangkan, lelaki berperwatakan sempoi yang jarang sekali naik angin ini hampir-hampir meletup.

"ANSWER ME!" Atau mungkin sudah meletup.

Jarak yang tidak sampai lima kaki antara dia dengan dua orang pelajarnya tidak menjadi penghalang buat lelaki itu untuk meninggikan suara.

"Look Mr Principal, we were just digging holes."

Kali ini, Alice pula yang cuba memberi penerangan ringkas yang disudahi dengan sengihan kelat.

"WHAT HOLES? ARE YOU A FOX OR A HUMAN?"

Feliks musang, aku manusia. Kan logik kitorang gali lubang kubur untuk arwah semangat kepondanan Samuel.

"Now, Lyna."

Ujar Pengetua Adam dengan suara yang jauh lebih rendah berbanding sebelum ini, tetapi tetap bernada tegas.

"Lyna?"

- tersembur keluar dari mulut Alice tanpa sengaja. Terus dia mengetap bibir, bersedia untuk diterjah lagi.

Putera HatiWhere stories live. Discover now