lii | more than friends

836 65 18
                                        

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

❝ You don’t die from a broken heart. You only wish you did. ❞

Terik panas mentari musim panas tidak menjadi penghalang buat mereka untuk berdiri di bawah sinarannya membakar diri masing-masing. Siulan ikonik di permulaan lagu I Ain't Worried berkumandang dari corong pembesar suara yang Feliks pikul di atas bahunya, dikuatkan sehingga ke tahap maksima---entah bagaimana tidak pekak telinganya sampai sekarang masih menjadi misteri nusantara. Dibontotinya Samuel yang sedang sibuk melukis garisan di atas pasir sebagai gelanggang sementara mereka, bukan mahu menolong tetapi saja mahu menguji kesabaran Samuel apabila dia bersiul sekuat hati di telinga sahabatnya itu. Tubuh Feliks melayang ke dalam lautan  tidak lama kemudian, nasib baik pembesar suaranya yang selamat mendarat di atas pasir pantai tidak tenggelam bersama.

I don't know what you've been told ~

Sementara itu, rakam-rakan mereka yang lain pula sibuk memanaskan badan sebelum perlawanan bakal bermula tidak lama lagi, kecuali Kazuto dengan kepalanya berbalut selepas dihempap buah kelapa semalam yang sudah awal bersedia di tempatnya di atas kerusi tinggi yang dia curi dari lifeguard malang mana entah---maklumlah dia yang akan bertugas sebagai pengadil buat hari ini.  Carl dan Felisia pula sempat saling menyepak pasir ke arah satu sama lain---menyambung pergaduhan mereka yang tergendala sebentar tadi---sambil mereka melakukan senaman ringan. Ed yang terpaling awal membuka bajunya pula menjadi tatapan percuma buat para gadis bertuah yang kebetulan lalu-lalang di sekitar tempat mereka bermain.

But time is runnin' out, no need to take it slow ~

Hanya Livio sahaja yang memanaskan badannya dalam keadaan normal, sesekali mencuri pandang ke arah hotel sana dengan harapan Alice yang katanya akan datang sedikit lewat muncul di dalam ruang penglihatan tetapi tidak juga, sehinggalah entah berapa minit sudah berlalu baru kelihatan batang hidung si gadis yang ditunggu-tunggu sedari tadi itu. Hanya lambaian ceria Alice sahaja dia balas, Curt yang berada di sebelah gadis itu langsung tidak dipandangnya.

I'm steppin' to you toe-to-toe ~

"You guys haven't started yet?"

Tanya Alice sebaik sahaja dia dan Curt tiba di gelanggang yang bakal menempatkan pertempuran di antara Team A dengan Team B, kedua-dua ahli pasukan tersebut Kazuto si pengadil sendiri yang pilih secara rawak, katanya, tetapi Alice sedikit sangsi adakah ia benar-benar rawak atau Kazuto sebenarnya sengaja satukan mereka yang kecoh (Carl, Feliks, Felisia) dalam kumpulan yang sama manakala selebihnya daripada mereka yang lebih tenang, normal, serta waras (Livio, Edward, Samuel) pula menjadi satu kumpulan lain. Patutlah Kazuto awal-awal lagi sudah bersedia bersama popcorn cukup dengan pakej cermin mata hitam di atas kerusi pengadil, begini cara dia cari hiburan rupa-rupanya ooo faham faham.

I should be scared, honey, maybe so ~

"About to start. To your position now, Alice. I won't go easy on you."

Bahu Alice ditepuk-tepuk tatkala Livio berkata begitu bersama senyuman senget tidak lekang di bibirnya. Tanpa perlu Livio mengucapkannya satu demi satu, Alice cukup tahu maksud sebenar di sebalik tepukan lelaki itu ialah "Goodluck although I know you cannot win". Riak! Dengan semangat yang semakin berkobar-kobar mahu membuktikan kepada Livio bahawa kata-katanya akan memakan diri sendiri tidak lama lagi, Alice tanpa membuang masa terus melompat ke sebelah Felisia---bersedia dalam posisinya. Pasukan lawan yang mengelilingi mereka dalam satu bulatan direnung seorang demi seorang---Livio, Ed, Samuel, Curt---semuanya handal-handal belaka namun itu tidak bermakna Alice gentar berhadapan dengan mereka.

Putera HatiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang