༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝I don't hate you.
No, I couldn't if I wanted to.
I just hate all the hurt that you put me through.❞
- Wrong Direction by Hailee Steinfeld
Dapat dia rasa cahaya terang-benderang menyusup di antara kelopak matanya---silau meskipun tertutup rapat kedua-duanya. Sayup kedengaran suara-suara yang seperti sedang bertelingkah hebat, seolah begitu jauh dari telinganya tetapi lama-kelamaan semakin mendekat bunyinya. Sepatah dua perkataan mampu dia tangkap.
"Cereal... first... no splash... mess..."
Dia tahu itu suara lelaki, cuma suara siapa ya?
"Should... milk... crispy... not soggy..."
Dibalas oleh suara seorang perempuan pula, juga seakan dia kenali tetapi tidak dia ingati.
"No... it is... real... idiot..."
Ah sudah, perdebatan apa pula ini? Parlimen Malaysia? Suami isteri bertengkar? Belum terjawab lagi soalan itu, tubuhnya mula terasa berat semacam bagaikan ditindih oleh sesuatu. Pada mulanya tidak mengganggu lenanya, sehinggalah tiba-tiba sahaja suatu sensasi yang menusuk rasanya muncul satu demi satu di merata-rata anggota badannya---baik di perut, lengan mahupun paha---semuanya tidak terkecuali, menyebabkan kedua-dua matanya terbeliak serta-merta dan wajah-wajah yang sangat dia kenali muncul di dalam pandangannya.
"Curt, you are awake!"
Alice dan Livio berada di atasnya, atau lebih tepat lagi... berdiri di atasnya berkata serentak. Seorang pegang kuali PUBG, seorang pegang sebuku wang kertas yang kalau dihempas pada kepala mahu pecah juga agaknya---saling bersedia untuk membantai satu sama lain dengan senjata unik masing-masing, semestinya tubuh badan Curt sebagai tempat berpijak.
"Alice... Livio... get off from me---koff koff!"
Terbatuk-batuk Curt akibatnya, rasa macam nak pengsan buat kali kedua pun ada juga namun tidak jadi pula apabila segelas air kosong dihulurkan kepadanya membuatkan dia yang memang kehausan mengalahkan orang berpuasa sebulan terus meneguknya rakus. Lega rasa tekaknya. Hampir habis secawan penuh diminum baru Curt ada terfikir siapa yang memberinya air ini---tahu-tahu sahaja dia amat memerlukan sesuatu untuk menyegarkan selepas bermimpi panjang tadi, pasti Alice kan? Mana ada sesiapa yang lebih memahami selain Al---
"Stop smiling like that, you are freaking me out."
Jatuh senyumannya ke dalam tong sampah tatkala Livio yang menyambut gelasnya sebaik sahaja dia habis minum, siap ada sebuah jag lagi di sebelah tangannya kalau-kalau Curt mahu tambah air. Alice yang disangkakannya prihatin memberikan minuman saat dia perlu tadi rupa-rupanya tengah seronok main Candy Crush, bagaikan tidak pernah bergaduh dengan Livio beberapa saat lalu. Sekejap-sekejap adalah dia dengar suara garau berkata "Sweet". Nanti kot Curt install balik tiba-tiba dia rasa nak main juga.
"You got hit by Felisia's ball, right on the face."
Alice memendekkan cerita tanpa mengangkat wajahnya gara-gara terlalu asyik main game kaum mak-mak sementara Curt sedang sibuk mengelap air pemberian Livio yang membasahi bibirnya---jika boleh mahu dia muntahkan balik air itu tadi tetapi tidak mengapa, lupakan sahaja memandangkan niat lelaki itu sebenarnya---Livio tanpa menunggu Curt bertanya mengapa dia terbaring di atas katil sekarang ini padahal tadi baru sahaja mereka bermain di pantai lantas memberitahu asbab-musabab Curt diheret kembali ke bilik hotelnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
