༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Somewhere over the rainbow, skies are blue, and the dreams that you dare to dream really do come true. ❞
Bunyi percikan dan ringkikan kedengaran di sini sana. Jiwaku kian hilang ketenteraman, tambah lagi dengan kotoran degil yang tak tanggal-tanggal walau dah seribu kali aku gosok ni.
"Ahhh, I give up!"
Berus dalam tangan aku campak pada dinding separuh batu separuh kayu kandang ini. Baldi yang masih penuh berisi air aku simbah pada tubuh kudaku, Flurbo, menyebabkan dia meringkik kuat.
"Whoa whoa! Take it slow, Al."
Tegur Curt yang masih tabah mencuci kudanya yang berwarna coklat kekuningan. Kedua-dua seluar dan lengan bajunya disinsing tinggi. Rambut panjangnya yang disanggul kemas pada mulanya, semakin terlerai membuatkan dia nampak tidak terurus. Walaupun sudah memakai apron, bajunya tetap kotor dengan air lumpur.
Dia hilang elegan. Aku hilang pedoman. Kuda hilang kotoran.
"No Curt, I can't continue my life! Please... go on without me."
Biasanya Curt akan layan drama aku seperti mana aku selalu sertai drama dia, tetapi mungkin kerana sekarang dia tengah penat, aku dipalau begitu sahaja.
Pergh, sakit dia lain maceam!
"I believe many of you depends on the horseherds to take care of yours. Now, it's time for you to be responsible of your own horse."
Sir Fretz yang duduk santai di atas timbunan rumput kering, memerhatikan kami sambil mulutnya tak henti-henti mengunyah Corntoz. Apa dia ingat dia tengah tengok wayang ke?
"Clean 'em! Clean 'em until you can see the smile on their faces!"
Kali ini, seluruh warga Grade 2 Tetris berhenti bekerja lalu menoleh ke arahnya. Aku yakin, semua orang tengah fikir, "Kuda boleh senyum ke?"
"Oh, the song has stopped. What song do you want next?"
Tanpa mempedulikan mata-mata yang merenungnya, Sir Fretz mencapai telefonnya yang sejak tadi memainkan lagu apa entah aku tak dengar sebab aku duduk jauh.
"Into the unknown!!! Ahhhhh~"
Seperti biasa, Feliks menyanyi penuh sumbang sambil menghayunkan baldinya dengan kuat. Akibat daripada perbuatannya itu, semua orang yang duduk berdekatan dihujani air sabun campur bulu kuda serta bahan-bahan yang tidak diketahui. Termasuklah aku, tetapi aku biarkan sahaja sebab aku tahu ada orang yang akan tolong uruskan Feliks.
"Good choice. Now, I know you're marching north, 'cause I am lost in the woods~"
Tanpa membiarkan keadaan sunyi walaupun untuk sekejap sahaja, lagu nyanyian Elsa tersebut dipasang meskipun empunya badan yang meminta sudah hilang dari radar dibelasah ramai. Arwah dulu bising orangnya. Sir Fretz pula teruskan menikmati keropoknya.
Korang jangan hairan sangat, memang beginilah suasana Grade 2 Tetris tak kiralah di dalam mahupun di luar kelas. Huru-hara tak padan dengan status sebagai kelas paling banyak putera.
![](https://img.wattpad.com/cover/147476820-288-k993525.jpg)
YOU ARE READING
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...