༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ A real friend is one who
walks in when the rest of
the world walks out ❞"Cici! Where are you?!"
Entah sudah masuk kali ke berapa kata-kata itu Alice laung dalam misi pencarian Cici si sugar glider yang hilang selepas sesi luncur salji bersama Feliks.
"Feliks pun satu. Bawa binatang tak jaga baik-baik, taulah dia pun binatang gak!"
Alice membebel sendiri sementara Feliks pergi mencari Cici di arah yang bertentangan.
"Cicicicici my second baby my second honey my second love my second precious! Come back to me. Please."
Jeritan Feliks semakin lama semakin lemah. Dia yang tadinya berlari anak memperlahankan langkah sehinggalah berhenti akhirnya. Nafasnya ditarik dalam sambil melilaukan mata ke sekeliling, mencari kelibat haiwan kesayangannya itu.
"I need you. 'Cause I know, I will never own the first. I will never own... her."
Jika bagi orang lain, mungkin Cici hanyalah sekadar seekor haiwan eksotik yang biasanya dimiliki oleh orang kaya sahaja. Namun bagi Feliks, dialah segala-galanya. Dialah sahabat sejatinya. Dialah kekasih hatinya. Dialah peneman hidupnya.
Sounds funny but if you were him, you'll feel the same way.
// flashback //
"Today is my first day at school! I'm so so so excited!"
Seorang anak kecil berambut perak menghayunkan begnya di udara sekuat hati sehingga menyebabkan tali beg tersebut terputus selepas baru 30 saat dihayun.
"Fyeliks!"
Hayunan yang tak ubah macam acara tukul besinya terhenti apabila telinga kirinya ditarik kuat oleh seseorang.
"Ma-mama!"
Cepat-cepat dia galas semula beg malang tersebut sambil membiarkan dirinya diheret oleh seorang wanita yang kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenarnya. Rambut hitam berkilat miliknya dihiasi beberapa juraian yang kekurangan pigmen, sering menutup sebahagian wajah mulusnya.
"Dobroye utro."
Ucap wanita itu sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam sebuah bilik darjah yang tampak ceria dengan cat warna-warni. Sebelah tangannya sibuk menyelitkan rambut ke belakang telinga, manakala sebelah lagi masih menarik telinga anaknya. Seorang guru yang sedang berusaha menenangkan sekumpulan kanak-kanak nakal terus menoleh kepadanya seraya berkata,
"Tsar-I mean, Your Imperial Majesty, dobroye utro!"
Walaupun bibirnya mengukir senyuman yang lebar, wajah si guru kian memucat. Murid-murid yang asyik bertelagah dia tinggalkan lalu pergi mendapatkan Tsarina tersebut dengan lagak setenang mungkin.
"Is this His Royal Highness, Prince Feliks?"
Usai bersembah sujud, baru dia perasan akan kehadiran seorang anak kecil yang bersembunyi di belakang tubuh tinggi bondanya. Melihatkan telinganya yang merah akibat ditarik menambahkan lagi rasa takut dalam jiwa kental kepunyaan guru yang berpengalaman tersebut.
"Da, now I'll leave him here under your care. I'll fly to America at 10, so anything just contact this number, it is his guardian's."
Wanita itu berkerah tenaga untuk menolak anaknya yang degil ke hadapan. Tanpa menunggu sebarang balasan, dia sudah pun melangkah pergi dari bilik darjah yang sebesar dewan makan sekolah biasa itu, meninggalkan si guru dalam keadaan terkesima.

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...