vii | ecstasy espresso

3K 317 46
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ I don't need an inspirational quote, I only need coffee

Pada petang yang dijanjikan itu, aku sudah berada di dalam kafe yang Rupert maksudkan tepat jam tiga, kalau menurut jam tangan aku yang dah bertahun-tahun tak pernah tukar.

Sebelum melangkah masuk ke dalam kafe ala-ala vintaj yang terletak di tepian Granté Lake itu, sesuatu telah menarik perhatianku, iaitu papan hitam kecil yang diletakkan di tepi pintu kedai. Di atasnya tertulis promosi terkini yang terdapat dalam menu, jelas sekali tujuannya adalah untuk mengumpan mereka yang lalu-lalang agar melabur di sini, termasuklah aku.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam, tapakan kakiku terhenti serta-merta. Untuk seketika aku terlopong betul-betul di muka pintu, tidak berganjak walau sedikit pun sekaligus menghalang laluan keluar masuk kafe ini selain menarik perhatian golongan kayangan yang berada di sini.

Cool giler!

[ Stille Café ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Stille Café ]

Keindahan Stille Café dari segenap segi teramatlah memukau pandangan mataku. Dengan objek vintaj yang antik tetapi klasik menghiasi seluruh ruang kafé---tidak terlalu banyak mahupun sedikit---serta tidak lupa juga muzik jazz yang perlahan berkumandang di atmosfera kafé, menenangkan jiwa sesiapa sahaja yang berkunjung ke mari demi secangkir kopi.

// media on // --->

◀️ ⏸ ▶️

Secara peribadinya, aku suka kafe ni. Ada sesuatu mengenainya yang membuatkan aku rasa begitu. The vibes, the feels, the aroma. Suasananya setenang air tasik di seberang dinding kaca sana, memandangkan kafè ini terletak betul-betul di tebingan Tasik Granté. Ditambah lagi dengan aroma kopi yang telah dibru segar menusuk jauh ke dalam rongga hidung, suatu perasaan damai yang sukar diungkap terbit di hati ini.

Lamunan memanjang sampai ke bulanku terhenti apabila sepasang mata ini baru menangkap kelibat Rupert di dalam kafé inu. Mengenakan jaket kulit yang dipadankan bersama seluar jeans biru lusuh serta skarf merah di sekitar lehernya, dia sedang duduk di salah sebuah sofa yang terletak tepat di tepi tingkap. Tidak terlalu tersembunyi dan tidak terlalu terdedah tetapi paling penting sekali, tempat duduk pilihan Rupert menyajikan pemandangan tasik yang terbentang indah di bawah sinaran mentari musim sejuk. Permukaan tasik yang tampak berkilat amat memukau pandangan. Cantik.

Putera HatiWhere stories live. Discover now