xxvii | medic team to the rescue

1.6K 285 176
                                    

A/N

Part ni taklah best mana 😔

Follow Instagram @sevennieofficial for extra-content.

Followback dijamin, jangan risau.

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

❝ Cure sometimes, treat often, comfort always. ❞

Keluar sahaja dari bilik persalinan, gegendang telinganya disapa oleh satu suara yang sangat dikenali. Langkahnya terhenti serta-merta di tengah-tengah keramaian yang tak berkurang itu. Tidak dia hiraukan lagi tubuhnya yang dirempuh orang lain kerana berhenti secara mengejut.

"Ladies and gentlemen, welcome to Granté Royal Academy's first time ever Sport Championship!"

Dengan kaki masih lagi terpasak di atas laluan berjubin akademi, kepalanya didongakkan ke atas, ke arah satu bilik bercermin di bahagian paling atas stadium. Sesuatu yang berwarna putih kelihatan bergerak-gerak di dalam bilik itu.

"Today we'll get to see the young royals and nobles all around the world's hidden talents! Are you as excited as I am?"

Sekali lagi suara itu bergema menerusi corong pembesar suara yang terpasang di segenap tempat di sekitar akademi. Syok sendiri, pitch tinggi, menjerit macam tiada esok hari. Tidak salah lagi...

"I, Feliks Fedosov, Russian's future Tsar will be your commentator for this whole three days!"

"Fe-liks?"

Sebelah bibir mungil Alice terangkat dan terturun sambil matanya tak terkalih dari merenung ke dalam cermin yang gelap itu sehinggalah suatu daya bertindak ke atas tubuhnya dari arah tepi sekaligus mematikan pertembungan mata antara dia dan si cermin.

"Get out of way, Miss Alice if you don't want any accident to happen."

Seperti angin kata-kata itu terletus dari bibirnya seraya berjalan melewati Alice yang hampir terjatuh tanpa langsung memandang gadis itu walau dengan sebelah mata. Tak perlu tanya siapa, lihat sahaja kepala separuh bersinar juga rambut yang sudah memutih itu, tidak lain tidak bukan cikgu yang paling suka cari pasal dengan pelajar walaupun dah tua bangka, Sir Garver.

Aku rasa dia sengaja je langgar aku tadi. Mungkin nak balas dendam sebab aku pernah jatuhkan aiskrim dia tahun lepas. Apalah nak jadi orang tua ni? Harap rambut je semakin matang, otak tak. Ish ish.

Anak matanya yang mengekori kelibat Sir Garver yang nampaknya sedang berjalan menuju ke kawasan tasik untuk mengurus acara kayak beralih semula ke bilik pengulas pabila ruang udara akademi mula diisi dengan rentak yang paling dia gemari tika dia merasakan kehidupannya sudah tidak bermakna lagi.

This is my fight song ~

Meskipun tak kenampakan dia yang berada di sebalik cermin sana, Alice mengukir senyum lebar. Dia tahu, sekarang Feliks sedang melihat ke arahnya juga.

Take back my life song ~

"You know how to cheer people up, Feliks."

Prove I'm alright song ~

Setiap tapakan kaki gadis itu seiring dengan irama muzik yang berkumandang di serata akademi, memeriahkan lagi suasana Sports Day yang pertama dalam sejarah Akademi DiRaja Granté. Gugurnya kelopak bunga yang hanyut dibuai angin seolah-olah turut sama menyanyikan lagu tersebut.

Putera HatiWhere stories live. Discover now