༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Real friendship is shown in times of trouble; prosperity is full of friends. ❞
Bayu petang membuaikan suasana awal musim panas bersama nafas segarnya, membelai aku dengan suatu perasaan yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini. Barangkali inilah yang mereka namakan sebagai "summer feeling", iaitu sejenis perasaan kompleks yang membuatkan kau ingin berlari meredah pasir pantai, membiarkan dirimu hanyut dalam rentak tari Sang Angin yang bertiup ke arah laut biru.
Itulah yang mahu aku lakukan sekarang juga tetapi di sini aku berdiri---di bawah panas terik mentari, membakar diri selagi aku tidak menemukan jawapan yang dicari. Lautan yang bergemerlapan dengan cahaya laksana langit siang dihiasi bintang hanya mampu aku renung dari balkoni ini tanpa berfikir apa, kerana dalam mindaku yang sudah penuh dengan ulang tayang peristiwa tengah hari tadi, tiada lagi ruang untuk aku fikirkan hal-hal lain.
"She's uncomfortable, can't you see?"
Felisia tahu yang aku rasa tidak selesa sebelum aku sendiri tahu. Dia lebih kenal aku daripada diri aku sendiri, atau mungkin aku yang sudah tidak mengenali siapa Alice Allyna. Aku masih dapat bezakan antara perasaan malu dan ketidakselesaan tetapi tadi aku seolah-olah cuba mencampuradukkan dua perkara yang tiada persamaannya itu. Aku cuba percaya bahawa aku cuma rasa malu, namun aku sebenarnya tidak selesa dan sehingga kini aku masih tidak tahu mengapa walau setelah begitu lama aku memaksa diri untuk berpanas di bawah sinaran matahari hanya semata-mata kerana aku mahu mencari jawapannya.
Nak tolong Samuel konon... Diri sendiri lagi tak terbantu, huh! Tapi sekurang-kurangnya Samuel dah berubah, manakala aku pula kekal dalam keadaan keliru begini.
Keliru dengan perasaan aku sendiri.
"Alice."
Namaku dipanggil oleh satu suara yang lembut, membuatkan aku berpaling dari lautan setelah sekian lama aku termenung ke arah sana. Di muka pintu balkoni Felisia menyandarkan bahunya, tersenyum manis kepadaku.
"I wonder what you are daydreaming about but nevermind, I'll ask that later. Now, let's go down. They are waiting for us."
Dengan perasaan tertanya-tanya, aku datang menghampiri gadis itu yang kian menjauh pula apabila dia berundur setapak demi setapak ke belakang, memberikan ruang untuk aku lalu. Terlebih dahulu aku menutup pintu longsor balkoni sebelum menanyakan soalan yang berada di fikiran ini sejak Felisia menegur aku tadi,
"Waiting for us? For what?"
Felisia dengan sengihan tidak lekang di bibirnya menyilangkan lengan kami bersama---sedikit pun tidak memuaskan rasa ingin tahu aku, semakin bertambah pula adalah. Jari telunjuk diangkat setinggi-tingginya sambil dia berteriak ceria,
"For the campfire preparation!"
Bermula dari bilik yang kami berdua kongsi bersama sehinggalah kami tiba di tingkat bawah, aku dan Felisia sentiasa berjalan beriringan---tidak meninggalkan sisi satu sama lain walau sekali---sambil kami bertukar-tukar cerita. Selang beberapa saat ada-ada sahaja perkara lucu yang buat kami berdua ketawa, lebih-lebih lagi kalau kisah memalukan berkaitan Feliks dan Livio menjadi topik perbualan.
"Did you know that Cici pissed right at his face when Feliks first met her? I could never forget his face as he stood at my door, blaming me while I was totally clueless of what happened. He was really mad that it's scary but funny at the same time, hahaha!"
"I'm not surprised at all, hahaha!"
Aku ikut sama terbahak-bahak, sakan mentertawakan Feliks sebelum aku sedar tinggal aku seorang sahaja yang masih ketawa. Felisia tidak lagi berada di sebelah aku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Ficção Adolescente『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
