༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Trust is fragile, don't break it; once broken it will never come back in its original shape. ❞
"What? FOR REAL?"
Sudah separuh badanku keluar dari tingkap kereta, bertanyakan soalan yang sama untuk kali yang kelima kerana aku tidak percaya apa yang baru sahaja aku dengar.
"Miss, for the fifth time, YES."
Jawab pengawal keselamatan yang berjaga di pintu pagar akademi—juga buat kelima kalinya jadi aku tak dapat salahkan dia kalau dia hilang sabar. Namun itu bukan bermaksud aku dapat terima! Masih tidak berpuas hati dengan jawapannya yang mungkin tetap tidak berubah jika aku tanya lagi untuk kali yang keenam, aku hampir hendak rembat janggut Pak Guard itu sebelum ditarik oleh Curt dan Feliks ke dalam kereta menyebabkan aku terjelepuk duduk di atas kerusi semula.
"We are sorry, Sir!"
Curt meminta maaf bagi pihak aku tanpa aku pinta. Pak Guard pula asyik terangguk-angguk berkata tidak mengapa walhal tengok muka saja sudah tahu dalam hati dia bangga gila apabila seorang putera sanggup memohon kemaafan atas sesuatu yang sebenarnya tidak salah pun—bukan salah aku janggut dia panjang minta ditocang!
"She's been having a rough week. You know women—"
Tadi bukan main emosi dia di dalam kapal terbang, turun-turun sahaja Feliks kembali menjadi dirinya yang biasa—ada baik dan ada tidak baiknya. Yang baik, Feliks tidak lagi bermuram wajah menjadikan suasana sepi dan sendu seperti sebelum ini. Yang tidak baik, sakan pula dia cari pasal dengan aku—pantang ada peluang sikit memang sengaja dibuatnya sakit hati aku! Gara-gara geram disakat untuk entah kali yang keberapa agaknya, tanpa sebarang amaran aku gigit tangan lelaki itu biar dia tahu reti diam,
"AHHHHHH!!!!"
—Tetapi semakin kecoh pula satu kereta akibatnya. Raungan Feliks memekakkan telinga kami semua namun aku yang terpaksa menerima hukumannya apabila seluruh badanku termasuk kedua-dua tangan diikat pada kerusi menggunakan tali pinggang keledar. Kenapa aku pula yang kena? Hmph!
Mahu tidak mahu aku harus bertahan dalam keadaan menyayat hati ini sehinggalah kami tiba di depan kolej nanti. Hanya memerhati dari kerusi di tengah-tengah antara mereka semua ini tatkala kereta mewah yang kami naiki melewati bangunan-bangunan akademi yang tersergam masyhur. Masih kagum aku mengamati setiap satu daripadanya meski sudah selalu kupandang hari-hari, akan tetapi...
"I still can't accept it!"
Berbalik kepada kontroversi di depan pondok pengawal tadi, aku masih belum dapat terima arahan yang sungguh tiba-tiba ini.
"Well... it's weird though. It was never an issue before and now that we are already back from summer break, they suddenly got some new creative ideas to bore our school life."
Komen Curt pula. Dia lagilah payah. Baru hendak berangan-angan keluar temujanji dengan kekasih hati tetapi sayang sekali terbantut harapan sampai tahun depan. Kasihan.
"How about me? I have another life out there, bro! I am the well-known, "cute silver-haired Seven-E cashier" My loyal customers are gonna look for me for sure!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...