༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Darkness cannot drive out darkness: only light can do that. Hate cannot drive out hate: only love can do that. ❞
Cebisan salji yang melekat pada jaket Louis Vuitton akibat eksiden basikal tadi aku kutip satu persatu lalu dicampakkan ke luar tingkap. Disebabkan kemalangan itu jugalah, kami berdua tiba di akademi lebih lewat daripada jangkaan.
Curt okey lagi, balik bilik boleh tidur terus. Tapi aku? Satu timbunan besar pakaian baharu aku kena simpan ke dalam almari. Nasib baik baju-baju lama aku yang Curt selongkar tadi sudah dikemas oleh para pembantunya. Dalam lebih kurang jam 8:30 malam, baru aku dapat habiskan kerja mengemas.
Now, it's time for hot shower.
Sebelum masuk ke dalam bilik mandi, sempat aku pasang muzik kuat-kuat dari telefon. Seperti hampir semua makhluk bergelar manusia buat, aku pun berkaraoke sakan menggunakan paip pancuran sebagai mikrofon. Cuma aku bukannya menyanyi, tetapi menjerit memandangkan asrama aku tak berpenghuni dan tiada sesiapa akan mendengar.
"I get lost in the way you move ~
I wanna love you with the lights o-"Tuppp!
Bilik mandiku serta-merta bertukar gelap-gelita. Hanya bunyi pancuran air serta suara merdu Shawn Mendes sahaja yang kedengaran apabila kipas angin ( walaupun tak guna, aku buka sebab nak keringkan baju, bukannya membazir ) juga tertutup dengan sendirinya.
"AAAAAAHHHHHH!!!"
Tanpa seurat benang, aku berlari keluar dari bilik mandi.
❄❄❄
Aku merenung kosong dinding bilik yang hitam legam. Poster BTS, FOB, dan The Vamps yang ditampal pada dinding seperti tidak lagi wujud di situ. Dengan lilin digenggam kuat dalam tangan, mulutku terkumat-kamit berdoa yang baik-baik sahaja untuk diri sendiri. Lilin cair yang meleleh jatuh ke atas kulit tidak aku pedulikan lagi walaupun panasnya ada iras-iras neraka.
"Lampu tak guna. Aku kata 'lights on' dia off pulak."
Omelku, masih berjaya tak menggigil sehinggalah fakta yang mengatakan bahawa aku satu-satunya yang tinggal di asrama ni terlintas di kepala.
"Oh sh*t."
Aku bangun dari katil setenang mungkin. Hoodie yang Curt sarankan tak payah pakai lagi aku capai. Still, I love it more than designer clothes. Dengan bulu roma yang sudah menegang, aku berjalan keluar dari bilik tanpa menoleh ke belakang semula.
Sepanjang perjalanan, aku dapat dengar nafas sendiri turun naik menahan debar. Lilin yang sudah membeku di tangan sedikit sebanyak memanaskan tubuh yang semakin dicengkam kedinginan malam. Sesekali aku terlompat melihat bayang-bayang sendiri yang kelihatan seperti objek bergerak disebabkan cahaya lilin.
Setelah sekian lama bertarung sengit dengan perasaan takut, aku akhirnya nampak kawasan yang lebih terang daripada sekeliling di kejauhan. Aku mempercepatkan langkah menuju ke cahaya malap tersebut.
And here I am, at the secret passageway.
Untuk pengetahuan mereka yang tak baca buku satu, laluan inilah yang menjadi pembahagi kepada Athena dan Hercules atau dalam kata lain, asrama perempuan dan asrama lelaki. Dulu, aku tak pernah langsung tahu-menahu akan kewujudan laluan ni sampailah Hawkin yang perkenalkan kepadaku.

YOU ARE READING
Putera Hati
Novela Juvenil『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...