༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ The difference between
stupidity and genius is that
genius has its limits. ❞"May 2021 be a better year for all of us."
Para pelajar Akademi DiRaja Granté menepuk lemah tangan mereka. Nampak sangat terpaksa. Ada juga segelintir pelajar yang langsung tak mahu tepuk tangan.
Termasuklah Alice.
Tetapi Alice bukan tak mahu tepuk tangan. Masalahnya sekarang, dia tak mampu. Daripada pengumuman tentang kewujudan sistem rumah yang melibatkan empat buah kesemuanya kepada nasihat-nasihat ulang tayang yang buat para pelajar jemu, Alice langsung tidak bertepuk tangan.
"That's all from me. I wish everyone here have a pleasant day."
Pengetua Adam mengakhiri ucapannya dengan satu senyuman positif bagaikan tiada malam hari baginya. Kali ini barulah semua orang memberikan tepukan yang gemuruh mengalahkan guruh di langit. Maklumlah baru hidup semula selepas berabad lamanya dengar pengetua membebel panjang. I know every student can relate to this.
Namun, Alice tetap tidak bertepuk tangan. Perasaan debar berombak-ombak di hatinya, menghempas tubuhnya dari dalam sehinggakan dia hilang kekuatan untuk bergerak. Sampaikan nak tepuk tangan pun dah tak terdaya.
"Oh, excuse me! There's one thing I forget to say."
Pelbagai jenis keluhan bergema di dalam Harmonia Auditorium, yang juga lebih mudah dikenali sebagai dewan perhimpunan. Pengetua menggaru-garu janggutnya yang tipis dan beberapa "he" kedengaran melalui pembesar suara yang terletak di setiap sudut auditorium.
"Ou!"
Terasa satu tepukan yang tidak terlalu kuat pada pahanya. Pantas dia menoleh.
"Get ready."
Bisik Livio tanpa mengalihkan pandangannya kepada Alice. Postur badannya tegak, menyerlahkan keyakinan yang dia miliki. Matanya merenung jauh ke hadapan, ke arah tempat duduk di mana pelajar-pelajar akademi disusun mengikut kelas masing-masing.
Itulah sebabnya Alice terlalu gementar. Duduk di atas pentas auditorium menjadikannya sebagai tatapan ramai. Selagi boleh, dia akan cuba mengelak daripada terpandang mata-mata yang memerhatinya.
Pelajar Akademi DiRaja Granté semua lelaki kot, tak ke korang takut kalau direnung macam tu?
"The school is very honoured to announce that starting from this second year of establishment, we are having a highly-disciplined and dedicated group of students who will take part in the Student Council."
Ombak debaran dalam hati Alice semakin mengganas. Kalau boleh memang dia nak terjun dari pentas sekarang jugak.
"Introducing our the President of Student Council, Rupert Ingell, the Prince of Germany."
Rupert yang duduk selang beberapa kerusi dari Alice terus berdiri lalu mengangkat sebelah tangannya bersama senyuman lebar di bibir. Siulan-siulan mengusik menyusul kemudian yang pastinya datang daripada kelompok kelas Rupert sendiri. Walaupun perhatian semua orang bertumpu kepada Rupert, Alice langsung tidak menoleh ke arahnya.
Ketika itu, beberapa sosok tubuh mencuri pandangan Alice. Dalam ramai-ramai pelajar yang duduk bersusun di bawah sana, mereka jugalah yang Alice perasan. Setiap seorang memberikan semangat kepadanya dengan cara yang berbeza. Ada yang angkat ibu jari. Ada yang tulis "GO ALICE" di atas kertas. Ada bersorak tanpa suara. Ada yang cuma tersenyum tanpa sebab. Masing-masing mengikut stail mereka yang tersendiri.

YOU ARE READING
Putera Hati
Dla nastolatków『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...