A/N
Yoo I'm backkk!
Thank you for the wishes everyone, you guys are so sweet 🙈❤
Sooo, I already checked the votes, considered your opinions, and decided to stick with single ending.
Now, I'll start eliminating the princes one by one. Time to end this story once and for all *laughs evilly*
And before you proceed, I have to tell you that for these few chapters, I will focus more on mystery so please do not expect many romantic moments. If you wish to know the truth behind Samuel's incident, you can read this arc. If you think it's boring, just skip and do not leave your negative comment here.
CHAPTER STAMP :
xxxviii | hola, espana - start of arc
xliv | case closed - end of arc
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ The journey of a thousand miles begins with a single step. ❞
Tapak kakinya yang terdedah kepada kedinginan angin salju terasa hampir membeku. Jari kecilnya yang tidak lagi dapat merasa apa-apa disimpan di dalam genggaman begitu juga dengan wajah yang dia benamkan ke dalam lutut dalam usaha mencari sedikit haba bagi memanaskan tubuh kurus itu. Rasanya air mata di pipi yang penuh dengan lebam itu sudah menjadi ais sebelum sempat ia jatuh menitik ke atas lantai.
Tiada apa anak kecil itu mampu lakukan selain hanya duduk bersandar pada dinding sambil mata kuyunya memerhati setiap seorang manusia yang lalu-lalang dengan harapan akan wujud rasa simpati dalam jiwa mereka meskipun cuma secebis.
Namun, adakah?
Sudah lama dia tinggal di pekan yang kotor lagikan jijik ini, tetapi sekali pun tidak pernah dia mendapat belas kasihan daripada sesiapa. Apa yang dia dapat hanyalah jelingan serta cacian bagaikan dia seekor anjing liar yang menghalang jalan mereka. Kerana itulah, walaupun tubuh kecilnya menggigil kesejukan, walaupun bibirnya keringnya bertukar kebiruan, walaupun hatinya mati dalam kebekuan, kanak malang itu bersyukur dia masih hidup sehingga kini.
Sehingga kini...
Kelopak matanya tidak mampu dia buka luas lagi. Dengan saki-baki kudrat yang tinggal, anak kecil itu berusaha memanaskan tangannya menggunakan nafas sendiri. Asap putih berkepul-kepul keluar dari mulutnya tatkala dia cuba meniup kedua-dua telapak tangannya. Entah berhasil atau tidak, dia tidak tahu.
Cuaca pada hari itu sekejam manusia di sekelilingnya, tanpa secebis pun belas kasihan terhadap kanak lelaki itu ia terus-menerus menumpahkan hujan aisnya ke atas muka bumi. Mengapa nasibnya begini? Mengapa dia tidak boleh hidup seperti kanak-kanak lain sebayanya? Mengapa...
—dia mesti menderita?
Setiap detikan masa yang berlalu sudah tidak memberi apa-apa makna kepada anak kecil itu. Daripada dia terus diseksa oleh kedinginan udara yang kian mencengkam kulit, dia rela meninggalkan dunia yang kejam ini. Dan ketika itulah—ketika kanak itu bersedia menerima takdir yang bakal menimpa dirinya yang malang, cahaya harapan muncul dalam hidupnya yang gelita buat pertama kalinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
