『 Kisah Alice dan Para Putera
Bahagian Dua 』
⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰
Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
I swear, whatever you are going to read after this is not a last-minute change of plot. I've been giving out clues before but I don't think anyone will remember since I update very slowly and it's been a very long time since xlvi|campfire shenanigans pt.1 was published (yes, the clue is there. you can re-read so that you won't be like "wth this is so sudden!" Nooo, it's not! I've planned this whole story for so long 😭🙏)
This will be last chapter in this arc, and the next arc are going to be the last 👀 Since the whole vacation is going to be concluded in this chapter, there will be a lot of dialogue, LIKE A LOT. So this is not a chapter you can read to get some laugh or look for something exciting to happen. Nope.
I dedicate this chapter to everyone who's hurting out there. The ones who need healing, the ones who need hugs—this chapter is for you guys <3
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Because there's nothing more beautiful than the way the ocean refuses to stop kissing the shoreline, no matter how many times it's sent away. ❞
Pagi ketiga di Kota Cadiz, aku bangun awal berbanding biasa. Dunia di luar jendela kaca sana masih gelap gelita; Aku sanggup abaikan demi mengejar terbitnya mentari di Bumi Sepanyol buat kali yang terakhir. Jaket sukan poliester aku sarungkan pada badan, senyap-senyap takut nanti Felisia terjaga pula. Aku tak mahu orang bahagia sehinggakan dalam tidur pun boleh tersengih-sengih macam kerang busuk bangun gara-gara aku. Curiga aku, entah apa yang terjadi antara dia dengan Curt malam tadi—mungkin aku tidak akan tahu sampai bila-bila, tetapi aku tetap menumpang bahagia.
She deserves happiness.
Meninggalkan gadis tersebut seorang diri di dalam bilik hotel kami tanpa sebarang bunyi, aku mengorak langkah pertama buat perjalanan yang mungkin agak panjang ini. Lebih kurang 15 minit kalau berjalan kaki, menurut peta Google. Aku teruskan sahaja. Kadang-kala, manusia terlalu tergesa-gesa mahu sampai ke destinasi—mereka lalai akan pemandangan indah yang tersaji di hadapan mata sepanjang perjalanan menuju ke sana.
Dan aku tidak mahu termasuk dalam kalangan mereka.
Apabila aku menapak keluar dari bangunan hotel, dunia tidaklah sebuta mana. Cahaya fajar sudah mula menyebarkan sinarnya ke seluruh pelosok bumi, menyapa para penghuninya dengan senyuman hangat di pagi hari. Aku membalas kembali senyuman Sang Mentari. Laluan yang perlu aku telusuri untuk ke Catedral de Cádiz sunyi sepi, seolah-olah bandar ini langsung tidak berpenghuni. Barangkali siang masih terlalu muda buat rakyat Sepanyol yang terkenal dengan kelewatan mereka, yang bagi aku bukanlah kerana malas, tetapi kerana mereka santai sahaja—mengambil satu langkah satu waktu, tidak terkejar-kejar akan masa dan dunia.
Seperti biasa, muzik sentiasa menemani ke mana-mana sahaja aku pergi. "Saturday sunset, we're lying on my bed with five hours to go"--lirikdari Ocean & Engines berlagu di telinga. "Fingers entwined and so were our minds, cryin' 'I don't want you to go'", faham. Rasanya, buat masa ini semua lagu sendu aku faham. Namun walau dalam kesenduan, kakiku tidak pernah berhenti menapak dan tahu-tahu sahaja, aku sudah berdiri tegak di hadapan gereja terbesar di rantau ini.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.