Hey, you there !
Before you continue on reading, please spend a minute to learn
𝐇𝐎𝐖 𝐓𝐎 𝐄𝐍𝐉𝐎𝐘 𝐓𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 :1. Make sure to load all images
2. Read musically, or in other
words turn on the media3. Put yourself in Alice's shoes
4. Imagine
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Always believe that something
beautiful is going to happen ❞"Ayah kau... pergi pada hari perkahwinan tu."
Itulah yang terngiang-ngiang di telinga ini---sepanjang masa---sejak aku pertama kali mendengarnya. Sehingga detik ini, masih sukar untuk aku percaya. Yang selama ini aku bukanlah anak kandung kepada Hendry, meskipun dialah bapaku dalam kad pengenalan, bapaku dalam sijil lahir, dan bapaku dalam nama. Namun itu hanyalah zahir semata-mata, dan hakikatnya ayah sebenarku sudah tiada.
Jikalau kalian baru sedar bahawa selama ini kalian hidup dalam penipuan, adakah segala yang kalian lihat, dengar dan rasa akan sama seperti dulu?
Adakah kalian masih dapat tersenyum seperti dulu?
"Ayah kau... mati dalam kebakaran tu."
Sejujurnya, aku tidak. Hati aku rapuh, bukan seperti kaca tetapi seperti debu---bila-bila masa sahaja ia boleh lenyap dari dunia ini. Mendapat tahu kebenaran sudah terasa begitu susah, perit buatku tetapi sekarang, apa yang sedang aku lakukan tidak ubah seperti menabur garam ke atas luka.
Aku sedang menuju ke suatu destinasi bernama Pulau Granté, di mana nyawa ayah kandungku Christoff diragut dengan tragisnya.
"Dia dibakar hidup-hidup, Alice."
Tetapi apakan daya aku terpaksa juga kembali ke akademi pada hari ketiga bagi ini tahun baru ini sungguhpun melarik senyuman terasa amat sukar buatku. Kalau aku tak pergi nanti tak pasal-pasal nama aku kena blacklist dalam senarai Interpol pula. Ah, sekolah elit kan mana boleh main-main.
"Maafkan mak... maafkan mak..."
Betapa traumanya mak akan kejadian belasan tahun yang lalu itu, aku dapat rasakan melalui nada suaranya yang bergetar hebat. Aku tak sanggup melihat mak dalam keadaan sebegitu---mak, yang tidak pernah lekang dengan senyuman manisnya, meratapi pemergian lelaki yang sebenar-benarnya dia cintai. Lantai yang dibasahi titisan air mata, esakan derita yang sekian lama terpendam, hujan lebat yang turut sama menangisi nasib kami.
Segala apa yang berlaku pada pagi penuh duka itu bermain berulang-ulang kali di dalam kotak fikiran sehinggakan aku hilang kiraan. Segalanya...
---Tidak akan pernah lenyap dari ingatan.
"Cis, tak guna! Lupakan lupakan!"
Gumamku sambil memukul kuat paha sendiri. Kepala aku tunduk rendah, menekur konkrit tempat kakiku berpijak. Dengan tidak semena-mena, setitik dua cecair hangat jatuh menuruni kulit pipi terus ke atas fabrik yang melindungi tubuh ini daripada silir dingin musim salju. Habis kuyup dengan tompokan-tompokan gelap bekas titis tangisku.
"The counter is open!"
Kedengaran suara si penjual tiket terjerit-jerit menarik perhatian semua orang yang berada di pangkalan feri ini. Dalam sekelip mata sahaja, kaunter tiket feri itu diserbu oleh ratusan homo sapiens. Dari penduduk tempatan hinggalah para pelancong, semuanya saling bertolakan dan berhimpitan hanya demi mendapatkan sekeping tiket feri. Sanggup juga mereka men-tidak-tamadun-kan diri macam itu.
YOU ARE READING
Putera Hati
أدب المراهقين『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...