xli | meet the rodriguezes

1.2K 153 73
                                    

A/N

Due to technical error, I have to use --- instead of - anddd this chapter turned out to be slightly different from what I had planned.

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ A life spent making mistakes is not only more honorable, but more useful than a life spent doing nothing. ❞

Tubuhku yang sepatutnya terlajak ke depan masih kekal selamat di tempat duduk---semuanya terima kasih kepada tali pinggang keledar yang dililit dari hujung ke hujung pinggangku ini. Kereta mewah yang kami naiki ini membrek tepat di perkarangan sebuah bangunan yang tidaklah besar mana untuk digelar sebagai istana.

 Kereta mewah yang kami naiki ini membrek tepat di perkarangan sebuah bangunan yang tidaklah besar mana untuk digelar sebagai istana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Istana Zarzuela ]

Istana Zarzuela, atau dalam kata lain, kediaman rasmi keluarga diraja Sepanyol sejak tahun 1975. Terletak di atas sebuah bukit yang bernama Monte El Pardo---jauh di pinggir kota Madrid---istana ini agak tersembunyi dari mata umum, menjadikannya tempat tinggal yang sempurna buat golongan kerabat yang juga mahukan privasi dalam hidup mereka.

Dan percaya tak percaya aku akan meluangkan masa beberapa hari di dalam istana ini, menjadi tetamu yang diundang kepada keluarga Samuel hanya kerana aku pernah menyelamatkan nyawanya suatu ketika dahulu. Bakal berjumpa dengan Raja serta Ratu Negara Sepanyol, mana taknya aku tak terfikir nak terjun keluar dari tren tadi.

Jika pengalaman ini tidak berakhir dengan baik, aku rasa aku lebih rela mati digilis tayar kereta api daripada hidup menanggung malu.

Nafas yang dalam aku tarik sebelum menapak keluar dari perut kereta. Samuel sudahpun menunggu di luar. Kaca mata hitam yang dikenakan sepanjang perjalanan dari Barcelona ke Madrid dia tanggalkan dengan sebelah tangannya tersimpan kemas di dalam poket. Rambut keritingnya sesekali terbang dihembus bayu, menampakkan dahinya yang lebih licin berbanding dahiku sendiri.

Setelah aku berdiri tegak di atas kedua-dua tapak kakiku sendiri, barulah dia mulai mengorak langkah menghampiri pintu rumahnya. Aku diiringi melewati barisan para pembantu istana di kiri dan kanan laluan yang membawa kami lurus dari pintu kereta ke pintu istana. Setiap seorang pekerja berseragam putih hitam itu menunduk penuh hormat tatkala aku dan Samuel lalu di tengah-tengah ruang antara mereka. Kekok rasanya aku dilayan sebegini rupa. Manakala Samuel yang sudah biasa dengan semua ini pula nampak tenang sahaja.

"Better don't expect too much, Alice. My palace is far from fairytale. You won't find tower, rose maze, and such."

Sempat Samuel berbisik seraya anak tangga menuju ke pintu masuk istana didaki satu per satu. Pesanannya cuma aku balas dengan anggukan kecil tanpa berpaling kepada dia di sebelah. Pandangan aku kuncikan tepat pada pintu kayu yang maha gah di depan mata dengan dagu ini diangkat tinggi---berusaha untuk memastikan postur tubuhku sentiasa tegak dan lurus.

Putera HatiWhere stories live. Discover now