A/N
Tak sempat buat double check. Kalau ada silap dan salah tegur-tegurlah ya.
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ With confidence, you have won before you have started. ❞
Setelah puas menyelamatkan ratusan nyawa daripada dihantar ke Hospital Besar Granté, pasukan medik bebas jua akhirnya. Masing-masing terbaring di atas lantai dengan gaya askar kalah perang. Botol minuman sudah bersepah di merata-rata.
Jangan salahkan mereka. Ingat senang ke kerja sebagai ahli medik?
Alice, salah seekor antara ramai-ramai dugong yang terdampar itu sedang mengambil nafas sebelum menghabiskan air dalam botol minuman yang kelima buatnya ketika seseorang datang menjemput. Pabila sedar dirinya dilindungi bebayang yang gelap, mata yang separa celik cuba dijegilkan melihat tuan punya bayang-bayang itu.
"Ed-"
"Came here to pick you up."
Ed pantas memotong kata-kata Alice dengan suara mendatarnya. Lagi-lagi di khalayak umum, memang hampir tak dengarlah apa dia cakap. Macam sekarang, Alice yang menghampiri kepekakan kerana selalu sangat guna earphone baru sahaja nak minta Ed ulang ayat dia tatkala tubuhnya yang elok terbaring di atas lantai tiba-tiba diangkat tinggi.
"E-Ed, put me down!"
Terkapai-kapai tangan Alice di udara cuba mencapai rambut coklat bertona walnut milik Ed untuk ditarik kuat. Sekilas dia ternampak senyuman nakal terukir di bibir lelaki itu sebelum badannya diletakkan di sebelah bahu Ed yang bidang tetapi keras macam batu.
Sekali lagi, tanpa membenarkan Alice mengungkap sepatah kata, Ed terus memecut melewati laman dalam bertiang rom, menaiki tangga bangunan akademik dan menuju ke kafeteria yang penuh sesak pada hari ini. Hanya jeritan tak henti-henti Alice menemani perjalanan mereka yang tak sampai 3 minit itu.
Tiba di kafeteria, Alice yang dia angkut ke sana ke mari didudukkan di atas kerusi. Dengan blurnya, Alice meliarkan mata ke sekeliling perlahan-lahan-lagaknya tak ubah seperti orang bodoh-barulah dia perasan di mana dia berada.
"Alice! What's wrong with you?!"
Tak aman benar hidup Alice hari ini, asyik-asyik kena kejut je. Kali ini, gerangan di sebelahnya pula yang menyergah. Sudahlah rambut dia tak sah kalau tak tampar muka orang.
"Erm, nothing? What's wrong with with me?"
Alice membalas soalan Curt dengan satu lagi soalan.
"You've got dirt on your face, Alice."
Sambil menjawab pertanyaan Alice, Hawkin bertutur tenang-kontra benar dengan Curt yang over-react sebentar tadi. Curt yang tak mahu kalah melihat respons Alice kepada Hawkin pantas mengeluarkan tisu baharu dari poketnya lalu digunakan untuk mengelap kotoran pada pipi Alice. Amboi, Curt ini macam golongan mak-mak dah!
"Let go! Humph!"
Sedaya-upaya Alice menggelengkan kepala dalam cubaan untuk melepaskan pipinya dari cengkaman jari Si Curt yang caring tak bertempat. Pabila yakin pipi Alice telah dicuci sesuci-sucinya, barulah Curt melepaskan dia. Belum sampai 2 saat kemudian Alice bingkas bangun dari kerusinya.
"What's the menu for today?"
Meja dihentaknya kuat dengan sebelah tangan menyebabkan setiap penghuni meja tersedak makanan masing-masing. Acah gengster betul heroin ini.
"The theme for today is energy, since it's Sports Day. They have rice today Alice, and I'm not sure what the other menus are called so take a look yourself. By the way, the chocolate malt is hella tasty."
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Fiksyen Remaja『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
