A/N
Happy Malaysia Day!
This is my gift for you guys and take note that it's going to be a very long chapter.
Words count : 6000 and above
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ Sometimes, being strong means not holding back the tears but letting them fall. ❞
Kelelahan yang dia rasakan sudah tidak dipedulikan lagi. Langkahnya terus dibawa laju meredah taman yang sepi bertemankan kicauan burung beserta helaian kelopak bunga yang gugur menghiasi segenap lantai. Sehinggalah sosok tubuh yang dicari-cari sejak tadi muncul dalam penglihatannya, dia menjerit memanggil namanya.
"Livio!"
Lelaki yang berada jauh di hujung laluan menoleh ke belakang tatkala namanya diseru. Terbeliak matanya melihat siapa gerangan yang sanggup mencarinya hingga ke sini.
"Alice."
Alice berlari selaju mungkin untuk mendapatkan Livio yang hampir tiba ke destinasinya, iaitu Menara Astronomi. Di situ sahaja tempatnya dia dapat beroleh ketenangan. Senyap dan tidak ramai yang tahu. Tetapi langsung tidak disangkanya gadis ini akan datang bersama.
Cukup dekat jarak antara mereka, Alice mencapai tangan Livio sebelum melemparkan sebuah senyuman ceria yang harapnya akan turut menceriakan lelaki itu.
"You don't have to be sad alone."
Ujarnya tiba-tiba sekaligus mengundang tanda tanya daripada Livio. Kelembutan sentuhan di tangannya mirip sesuatu yang tidak pernah lenyap dari memori terindah juga yang terpahitnya.
"I'm here. We could be sad together."
Senyuman yang terukir di bibir si gadis melebar membuatkan si teruna mula tak keruan lalu meliarkan pandangan ke arah lain sampailah matanya mengesan sesuatu yang tidak kena pada Alice.
"Your arm."
Lengan Alice diangkatnya sedikit, bahagian baju yang sedikit terkoyak dia perhati lama. Ada warna kemerahan yang tak berapa kenampakan pada seragam maroon tersebut menyebabkan air mukanya berubah cemas.
"I-Is this because of me?"
Soalnya seolah tidak percaya dengan apa yang telah dia lakukan. Alice cuma menguntum senyum nipis sambil menjawab,
"Nah, it's just a small wound. It doesn't hurt at all."
Tangannya masih lagi menggenggam lemah lengan gadis tersebut sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Anak matanya tidak lepas dari menatap sepasang mata hitam milik Alice, mata yang penuh dengan cahaya pengharapan meskipun dalam gelap, laksana langit malam beribu bintang.
Gadis ini, adalah bintang paling terang pernah dia temukan.
🌸🌸🌸
"Sorry."
Ucap Livio sepatah sambil tangannya ligat membalut luka pada lengan Alice menggunakan sapu tangan kesayangannya. Tetapi taklah bernilai mana kalau nak dibandingkan dengan gadis istimewa ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
