lxii | birds of a feather

420 26 3
                                        

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

Birds of the same feathers flock together, and when they flock together they fly so high.

Bayu pagi berhembus di antara sela rambutku yang diikat tinggi, membelainya lembut sembari sesekali menyanyikan muzika merdu tikala ia melewati celah-celah pepohon kesuma yang mekar di kanan dan di kiri lorong kecil ini—membawa musim bunga pergi meninggalkan aku dan Hawkin di sini, di tempat rahsia kami yang tiada sesiapa ketahui. Kadangkala kami berdua hanya duduk bersama, tidak perlu pertukaran kata kerana sunyi yang aku dan dia kongsi sudah cukup dengan makna.

Kala ini pula, lelaki yang bisa aku renung selamanya itu hanyut di dalam mimpi siang dengan sepasang mata biru muda miliknya terbuka. Ditatapnya langit sana, membiarkan angin membuai rambut perangnya yang pudar manakala aku amati langitku juga. Setelah mengelamun jauh buat beberapa ketika, Hawkin akhirnya memalingkan wajah kepadaku. Senyuman mekar seperti bebunga di sekeliling kami saat pandangan aku dan dia bertemu—langitku.

Mata biru yang indah itulah langitku.

"Have you ever wondered why some people seem so similar to each other?"

Tanyaku tiba-tiba kepada Hawkin yang dengan selambanya duduk di atas dinding penghadang padahal laluan ini terletak di tingkat empat antara Athena dan Hercules Dormitories, menghubungkan kedua-dua bangunan asrama tersebut termasuk juga kami yang menghuninya.

"Why would you ask me that?"

Hawkin menyoal semula dengan sengihan seolah-olah pertanyaan aku mencuit hatinya.

"Because you are a philosopher!"

Tanpa teragak-agak, aku menjawab ceria. Salah satu daripada banyak-banyak kuntuman bunga dandelion yang telah dipetik aku kutip dari atas lantai lalu meneruskan proses pembuatan makhota yang tergendala tadi dengan panduan video YouTube yang tampak mudah tetapi tipu sebenarnya.

"What makes you think that?"

Sengaja menangguh-nangguh jawapan, Hawkin bertanya sekali lagi lalu turun dari dinding batu yang memisahkan laluan ini dengan lautan biru. Hanya hempasan ombak di kejauhan sana yang sayup-sayup kedengaran di telinga.

"Hmm, let's see..."

Aku mengetuk dagu dengan hujung jari tunjuk. Mata dililaukan ke sekeliling seperti memikirkan sesuatu, walhal hanya Tuhan sahaja tahu aku mahu mengelak daripada bertentang mata dengan lelaki itu yang sudah berdiri di depanku. Aku cuma berani memerhati apabila dia tidak memandang sini.

"You always know what to say—what to answer to every of my many silly questions. And when nobody else does, you could understand me. Isn't that what philosophers do—understanding, or seeking to understand things?"

Akan tetapi, kini, Hawkin merenung tepat ke dalam mata ini yang berusaha mencari jalan lari—ke kanan, ke kiri, hanya untuk diperangkap oleh tatapannya, lagi. Sebentar dia bercangkung, berhadapan dengan aku yang langsung kaku. Dagu diusap seakan-akan meniru gayaku sebelum jawapan yang ditunda sekian lama Hawkin beri akhirnya.

"Is it because they're destined to be alike from the start?"

Lalu dia bangun semula, dan aku mendongak sama.

"Or could it be that they grow to become similar because of the time they spend together?"

Aku tidak tahu jika itu adalah soalan atau jawapan, sampaikan kepalaku turut tersenget-senget cuba memikirkan. Kerjaan di tangan untuk kali yang entah keberapa aku lupakan.

Putera HatiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang