༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Nature always wears the colors of the spirit. ❞
Memang sudah menjadi ketentuan sejak dahulu lagi, perempuan dilahirkan lebih lemah berbanding lelaki. Itu adalah kenyataan, kita tidak dapat nafikan. Namun begitu, lemah yang dimaksudkan di sini cumalah dari aspek fizikal, bukan? Sebenarnya, perempuanlah makhluk paling kuat Tuhan ciptakan di muka bumi ini.
Kuat semangat.
Tetapi bagaimana aku---seorang perempuan ini mahu buktikan kenyataan tersebut bukanlah hanya sekadar kata-kata kosong?
Bagaimana caranya untuk melindungi insan tersayang dalam hidup kita?
Tok! Tok! Tok!
Tiga ketukan bertalu-talu pada pintu bilikku telah memecahkan kesunyian yang aman lagi tenteram ini sehinggakan aku yang elok sahaja berbaring sambil membaca artikel Kekuatan Seorang Wanita oleh seorang wanita yang aku tak ingat namanya hampir jatuh terguling dari atas katil.
"Who's there?!"
Jeritku dari kejauhan seraya mendapatkan bajuku yang aku sudah aku sediakan untuk dipakai selepas mandi tadi namun sebaik sahaja telefon bimbit berada dalam tanganku, aku lupa akan kewujudan baju tersebut. Jadi, akhirnya aku cuma mengenakan pakaian dalam dan seluar sahaja.
"Yuhuuu!!!"
Soalanku tidak dijawab tetapi terjawab secara tidak langsung apabila suara yang dikenali seluruh warga akademi itu menerjah masuk ke ruang udara bilikku.
"C-Coming!"
Usai menyarungkan baju pada badan, tombol pintu aku pulas lalu ditarik ke arah dalam. Melihat wajah-wajah yang terjengul di muka pintu bilik aku ini, aku sedikit pun tidak terkejut. Sebaliknya, apa yang membuatkan aku tertanya-tanya ialah objek yang mereka bawa bersama itu.
"What's with that net? Are we going fishing or something?"
Hawkin, Feliks, dan Curt hanya menjawab soalan aku dengan senyuman maha lebar sebelum tanganku dicapai dan tidak sempat aku berbuat apa-apa, aku sudahpun ditarik oleh budak tiga ekor ini yang mula berlari menyelusuri koridor. Nak tak nak, aku terpaksa juga mempercepatkan langkah untuk mengejar mereka. Serentak dengan itu juga, aku dapat rasa genggaman di tanganku dieratkan.
"Hey, Hawkin, at least tell me where you guys are dragging me!"
Tanyaku kepada Hawkin yang sedang mengheret aku namun ternyata dia langsung tidak membantu menjawab persoalan yang berlegar di benakku.
"Later. The others are waiting!"
🌸🌸🌸
Sebuah padang rumput yang amat luas memenuhi segenap pandangan. Kehijauannya mendatangkan rasa tenteram di hati sesiapa sahaja yang melihat begitu juga dengan warna-warna musim bunga yang menyerikan lagi pemandangan ini. Di garisan ufuk yang memisahkan langit biru dan padang rumput yang menghijau ini, aku dapat nampak beberapa sosok tubuh yang sangat aku kenali.
"Everyone's here?"
Pegangan tangan aku dan Hawkin yang tak terlerai sedari tadi akhirnya dilonggarkan tatkala kami berdua berhenti seketika di atas bukit ini, memerhati yang lain dari kejauhan.
"Yes."
"But why?"
"To cheer you up, of course."
YOU ARE READING
Putera Hati
Roman pour Adolescents『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...