༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ You can close your eyes to things you don’t want to see, but you can’t close your heart to things you don’t want to feel. ❞
"W-Would... Would you be my girlfriend for today?"
Jantungku berhenti berdegup buat seketika—masih ragu-ragu akan kata-kata yang kedengaran begitu merdu di telinga ini. Betulkah apa yang aku dengar ini? Atau adakah ini hanya khayalan di dalam mindaku semata-mata? Kerana segala apa yang berlaku ini tidak ubah seperti mimpi yang aku tidak sangka akan benar-benar terjadi.
"Uh-oh, I'm sorry. That's very funny of me to ask you such things."
Kepala aku palingkan menghadap Hawkin sepantas kilat tetapi aku masih belum dapat mencari kata-kata yang sesuai untuk diungkapkan. Dia pula merenung ke arah bertentangan dengan telapak tangannya dibawa menekup wajah yang sudah memerah padam.
"If you don't want, you know, just forget I ever ask-"
"No."
Laju aku memintas ayat Hawkin tanpa aku sendiri sedar apa yang baru aku ucapkan. Sebelum Hawkin terus salah faham disebabkan sepatah perkataan itu, cepat-cepat aku menambah,
"I-I mean, let me be!"
Sebelum fikiranku berubah, aku suarakan isi hatiku yang sebaik sahaja aku luahkan, terus diri aku diserang suatu perasaan bergelar malu yang menyebabkan jantungku mengepam darahku seratus kali ganda lebih kencang.
Aku tak sedar sejak bila mataku dipejam rapat sehinggalah terasa haba asing mulai berlegar di hujung jariku. Perlahan-lahan aku membuka mata untuk melihat sepasang iris biru langit yang merenung tepat ke dalam hati aku dengan pandangan tidak percaya itu.
"Am I... hearing this right?"
Hanya hujung jarinya sahaja bertemu kulit tanganku tetapi kehangatan daripada sentuhan ini seolah merebak jauh sehingga ke suatu tempat bernama hati—membuatkan aku terlupa tentang hujan yang sedang turun dengan lebatnya ke atas muka bumi Granté ini.
"That's my line."
Perlahan sahaja suaraku bertutur sebegitu sambil rambut aku selitkan ke belakang telinga. Renungan mata Hawkin masih aku elak sebelum hujung tanganku yang disentuh sebentar tadi dia ambil dan simpan di dalam sebuah genggaman yang erat. Aku mendongakkan kepala memandangnya sambil pada masa yang sama cuba melawan detakan jantungku yang kian menggila.
"I can't believe this day would come in my life."
Ujarnya—hampir tak kedengaran—di dalam senyuman yang lebar benar. Sudahlah ukiran yang sempurna di bibir merahnya itu sukar untuk aku tangani, Hawkin pula membuat aku semakin tak keruan apabila dia satukan pegangannya pada jariku dengan sebelah lagi tangan. Aku yang berusaha menahan rasa malu hanya mampu memandangnya sekilas sebelum pandangan aku lontarkan ke arah lain. Walaupun hanya sepintas pandang, renungan mata yang dalam itu seakan memberitahu bahawa perasaan yang bermain di dalam hatiku ini sama seperti apa yang dia rasakan.
Tidak lagi menunggu hujan yang sedang melimpah ruah ini reda, tanganku yang berada kemas dalam genggamannya ditarik bersama tatkala Hawkin mula mengorak langkah berlalu dari sini. Aku terpaksa mengejar tapakan kakinya yang beransur laju tanpa langsung tahu-menahu ke mana dia bawa aku meredah kesesakan ramai di dalam hujan yang lebat ini.
"Where are we going?!"
Nak tak nak aku perlu bercakap berkali-kali ganda lebih kuat bagi mengatasi suara hujan yang sedikit pun tidak memperlahan ini.
YOU ARE READING
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...