xx | konnichiwa haru

2.5K 281 116
                                        

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ Spring will come and so will happiness. Hold on. Life will get warmer ❞

Dengan beg sandang lusuhku tersangkut di bahu, kakiku pantas melangkah melewati kawasan taman dan seterusnya laman dalam bertiang Rom kuno di mana berlangsungnya sesi orkestra khas sempena sambutan musim bunga. Para pemuzik dari Orchestra Club bersusun secara simetri dalam beberapa barisan tepat di hadapan pintu masuk bangunan akademik, menjadi tumpuan ramai.

Alunan Spring gubahan Vivaldi yang sedang mereka mainkan semakin kuat kedengaran apabila aku menghampiri. Muzik yang berkumandang indah di segenap ruang akademi ini umpama suara alam yang bergelak tawa penuh gembira tatkala pepohon yang sekian lama hilang tanda kehidupan mula mengeluarkan pucuk masing-masing. Kemanisan udara pada musim bunga ini terasa jelas dalam setiap sedutan, yang aku yakin datangnya daripada debunga pohon sakura yang tumbuh di sepanjang jalan menuju ke Athena. Sambil bibirku tanpa henti menguntum senyum seperti juga bunga-bungaan yang mekar pada hari ini, aku teruskan berjalan ke destinasi.

Destinasi yang aku maksudkan ialah sebuah bilik di dalam bangunan akademik yang jarang dimasuki oleh sesiapa apatah lagi ketika semua orang sibuk dengan persiapan hari sukan yang bakal diadakan dalam lebih kurang dua minggu akan datang. Tidak lain tidak bukan, bilik muzik moden.

Antara banyak-banyak bilik di akademi ini, bilik muzik boleh dikatakan sedikit lame berbanding bilik-bilik lain walaupun memang dah gempak benar di mata aku. Sebabnya di bilik ini tiada apa yang berunsurkan kemewahan mahupun antik seperti Musica. Cuma ada kerusi dan meja kayu serta pelbagai jenis alat muzik yang disusun kemas di dalam rak mengikut kategori tertentu. Tidak lupa juga, terdapat beberapa buah almari yang menempatkan buku-buku berisi lembaran not untuk kegunaan warga sekolah terutama pemain muzik.

Pintu bilik muzik aku tutup rapat. Sunyi sahaja di dalam bilik ini. Cuma kekecohan pelajar yang sedang berlatih sukan sahaja kedengaran sayup di kejauhan. Bagus. Suasana yang cukup aman dan tenang untuk aku belajar main saksofon.

Ya, korang tak salah baca. Aku mahu belajar cara bermain saksofon.

Aku dah bertekad, kalau tiada sesiapa yang mahu menjadi saxophonist dalam skuad pancaragam Saphhire kelak, aku harus merelakan diri. Sebagai seorang Sapphiry sejati, itulah tanggungjawab aku. Sambil menyelam minum air, nanti dapatlah aku berlagak macam hero di saat akhir, ohohoho!

Puas terkekeh-kekeh ketawa jahat, aku mula mundar-mandir di dalam bilik muzik yang luas tersebut untuk mencari saksofon. Jumpa memang jumpa, tapi...

"Mana satu saksofon ni?"

Di depan mataku, terpamer entah berapa puluh alat muzik serupa saksofon yang berbagai saiz serta bentuk. Bagi aku yang bukan seorang pemuzik ini, semuanya nampak sama tapi tak serupa.

"Cuba yang nilah."

Salah satu saksofon yang bersaiz sederhana aku alihkan dari rak gergasi itu. Terhuyung-hayang aku mengangkat instrumen tersebut dek terlalu berat. Apabila sudah stabil, barulah aku dapat menyamakan kedudukan mulut saksofon dengan mulutku sendiri meskipun aku sendiri tak pasti sama ada ini betul-betul saksofon atau pun alat lain yang aku tak tahu apa. Walau dengan teragak-agak, aku cuba meniupnya.

Zztttztzzztt ~

Bingit amat telingaku mendengarnya, ibarat gegendang kena cucuk-cucuk dengan pencungkil gigi! Tak sangka bunyi dia sebijik macam kentut gajah. Nasib baiklah tak ada orang lain di sini. Sekiranya ada, memang tanggung malu tujuh keturunanlah aku.

Putera HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang