xviii | first love

2.5K 260 164
                                    

A/N

All of us have our regrets in high school. We wish we had never done it, but things already happened and we can't change it. Our only choice is to move forward and leave the past behind.

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

Time is the greatest healer.

Impak daripada hentakan di bahagian belakang kepalaku bukan main-main kuatnya. Sakit benar sehinggakan berpinar-pinar mataku. Belum sempat lagi penglihatanku kembali jelas, satu lagi terjahan mendarat di atas perutku.

"Ugghuk!"

Beberapa batukan yang perit terlepas dari mulut. Aku mengetap bibir. Masin rasanya kerana darah yang mengalir di celahan gigi. Kepala aku angkat menghadap mereka yang sedang membayangi diriku.

"A-kak nak... apa?"

Tersekat-sekat suaraku bertanya dengan saki-baki kudrat yang tinggal. Selebihnya sudah habis aku gunakan untuk menahan sakit.

"Aku nak apa kau tanya?!"

Kolar seragamku dicengkam kuat lalu diangkat tinggi, menarik tubuhku yang tadinya terduduk bersama.

"Kau tahu tak apa yang kau dah buat?!"

Aku tak tahu apa harus dijawab. Dengan membawa tubuh yang sudah lemah akibat dibantai tak henti-henti sejak tadi, kewarasan akal fikiranku kian menghilang.

"AKU TANYA JAWABLAH!!!"

Teriaknya tepat di hadapan mukaku diikuti dengan gelak daripada rakan-rakannya lain. Terasa sejuk kulit pipiku pabila air liurnya terpercik di situ. Tidak punya pilihan lain, aku hanya menggeleng lemah.

"Apa kau ni? Bisu ke?!"

Cengkaman pada kolarku dilepaskan kasar lalu dicampakkan semula tubuhku ke dinding. Apa mampu aku buat? Nak melawan? Aku tak terdaya.

"Kau ni dahlah junior, tapi tak sedar diri tu junior ada hati nak rampas pakwe orang!!"

Katanya dengan suara yang terlalu tinggi macamlah aku ni pekak sambil kakinya teruskan menyepak wajahku. Segala kesakitan yang aku rasakan terpaksa ditahan sahaja dengan badan yang terkujur layu di atas lantai.

"Kau tahu tak sebab kaulah kitorang semua kena dumped dengan boyfriend kitorang?!"

Tidak cukup menjilat tapak kasut yang telah dijejakkan ke segenap pelosok sekolah dari padang hingga tandas, satu lagi pukulan yang kuat aku terima di paha. Ya Tuhan, sakitnya...

"Apa je yang kau ada lebih dari kitorang? Dahlah tak cantik mana pun, miskin pulak tu!

"Keluarga pun terlibat dengan rasuah. Kalau aku jadi kau malu aku tau!"

"Puiii!"

Sebahagian daripada seragamku basah sebaik sahaja bunyi tersebut kedengaran. Tak sanggup aku tahu cecair apakah itu. Menahan derita di seluruh badanku buat masa sekarang sudah cukup memenatkan. Perisa masin masih lagi berkekalan di dalam mulutku sehinggalah...

"KAMU SEMUA KAT SANA, BERHENTI!!!"

Tendangan bertubi-tubi yang aku terima di hampir setiap anggota badan tiba-tiba berhenti. Hairan aku. Kenapa? Sudah cukup puaskan mereka menghentam tubuhku? Mata yang sedari tadi tertutup rapat aku buka perlahan. Agak silau disebabkan cahaya mentari yang terik sebelum datangnya sesuatu melindungi diriku daripada sinar tersebut. Sejurus sahaja aku dapat melihat dengan jelas, pembuli-pembuli tadi hilang dari pandangan. Sebaliknya, orang lain pula yang muncul.

Putera HatiWhere stories live. Discover now