xxxii | worry about the books

1.6K 261 110
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ There are many things that seem impossible only so long as one does not attempt them. ❞

Lelaki di hadapanku ini aku jeling penuh jengkel lebih-lebih lagi apabila senyuman gatal di bibirnya itu semakin lama semakin lebar. Kalau tak sebab sekarang ni tengah kelas Madam Hilda, dah lama kepala dia aku sumbat dalam lubang tandas.

"Keep your expression calm and collected, Miss Alice. If you want to smack him, do it after the class."

Madam Hilda yang seolah tahu niat jahat tersembunyiku sempat menegur tatkala dia melewati aku dan Curt sambil memeriksa pasangan demi pasangan bagi memastikan semua orang berada di jalan yang lurus, tidak seperti kami berdua yang sudah sesat entah ke mana.

"Yes, maam."

Mendengar teguran Madam Hilda diterima dengan beratnya oleh aku yang terpaksa mengalah, Curt menyimbul senyum kemenangan yang amat riak lagi takbur. Terpaksa aku paksa diri mengukir senyuman plastik walaupun betapa panasnya hati aku tengok muka budak ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Tanpa sedikit pun kerelaan, aku biarkan sahaja bibirnya mendarat pada kulit tanganku dengan harapan ia akan berhenti di situ. Namun perkara yang paling aku takuti berlaku jua, terasa sesuatu yang lembut dan hangat meninggalkan jejaknya dari hujung jariku hinggalah ke pergelangan tangan. Mata aku pejamkan rapat kerana aku tak sanggup melihat apa yang sedang berlaku kepada diriku sendiri. I-Ini dikira gangguan seksual tau!

"May I have this dance, mademoiselle?"

Tangannya mula melingkari pinggangku seraya badanku ditarik lebih hampir dengannya. Bisikan halusnya tepat di telingaku menghantar satu gigilan ke seluruh vertebrae aku. Aku mendecit geram.

"No way you idiot."

Itulah jawapan yang aku berikan walaupun aku tahu aku perlu menerima takdir ini dengan hati yang terbuka. Antara ramai-ramai lelaki dalam kelas Grade 2 Tetris, kenapalah aku mesti berpasangan dengan kasanova seorang ini? Yang lain pun satu juga, takkanlah tak reti main osom?

"Wait, how do we show scissors again?"

Terkial-kial Livio cuba membentuk gunting menggunakan jarinya macamlah itu benda paling susah di dunia tetapi penghujungnya hanya jari tengah sahaja yang mampu dia tunjukkan.

"Like this."

Edward menjawab dengan penuh keyakinan sambil tangannya digengam terlebih kuat menjadi penumbuk sampai timbul urat pada permukaan kulitnya.

"Anyone please win except for Curt."

Aku hanya mampu doakan yang terbaik buat diri sendiri meskipun pabila dilihat keadaan mereka yang jahil dalam ilmu osom ini, aku tahu apa yang bakal terjadi.

Siapa yang menang akan dapat berpasangan dengan aku dalam latihan amali etika diraja ketika majlis tari-menari. Bukannya aku ini menjadi rebutan jejaka ke apa tetapi memandangkan semua orang dalam kelas aku straight ( termasuk Samuel post-amnesia ), tiada sesiapa yang mahu menari dengan pasangan sejantina kalau diberi pilihan lain.

Tetapi akhirnya Curt juga yang menang, dan sanggup tak sanggup aku terpaksa akur untuk berpasangan dengannya.

"Don't look at me like that."

Aku mendesir tajam melihatkan Curt yang merenung aku tak berkerdip dengan pandangan pervert dia tu. Amaranku langsung tidak menggentarkan dia, bahkan senyumannya yang berjaya menambat hati semua gadis kecuali aku itu bertambah nakal dan licik pula.

Putera HatiWhere stories live. Discover now