A/N
Selamat tahun baru semua! 🎉 Semoga tahun 2021 menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya 🤗❤
Kesempatan ini Seven nak ambil untuk mengucapkan terima kasih kepada korang semua yang setia membaca Putera Hati sehingga ke tahap ini ❤✨
Tahun sudah berganti bermaksud cerita Akademi DiRaja Granté kini berusia lebih kurang 4 tahun macam tu. Tua dah si Alice rupanya 😂
Jadi kepada mereka yang baca sejak zaman Akademi DiRaja Granté yang penuh dengan publish unpublish dulu tu, Seven nak ucapkan extra terima kasih buat korang 🥰
Sekarang jangan risau, Putera Hati dijamin akan tamat dalam tahun 2021 ini. Selepas SPM nanti (kalau jadilah SPM), Seven akan tulis cepat-cepat. Tinggal dua arc je lagi, arc apa nanti korang tahulah.
That's all from me, love you guys 💕
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Chemistry states that the more energy you put into a bond, the harder it is to break. ❞
Pipiku ditekan lebih kuat pada permukaan sejuk cermin tingkap yang gelap itu. Bukan hanya aku seorang, malah Curt dan Feliks juga turut sama melekapkan wajah mereka pada kaca tingkap makmal kimia yang diselubungi seribu suatu misteri nusantara itu.
Dengar khabar angin, makmal ini berpenghuni pada waktu malam kerana ada berita mengatakan pelajar terdengar bunyi didihan air dan kadang-kala lagaan kaca dari dalam makmal. Walaupun akulah antara manusia yang mengigau malam-malam setiap kali dengar cerita seram, aku dengan sengalnya menyertai Curt dan Feliks dalam misi cari nahas ini.
"Hey, can you see anything?"
Mata aku jegilkan untuk melihat dengan lebih jelas apa yang berada di sebalik tingkap ini. Namun tiada apa-apa di luar jangkaan aku nampak. Seperti biasa, di dalam sana ada almari sebagai tempat penyimpanan bahan kimia pelbagai warna dan tidak lupa juga, radas-radas kaca berbagai saiz dan bentuk. Tak ada pun kawah ahli sihir seperti yang mereka katakan.
"The rumors are lies. There's nothing weird in there."
Itulah apa yang aku sangka sebelum sesuatu yang asing muncul dalam pandangan. Makmal kimia yang tadinya gelap gelita tiba-tiba bercahaya. Tunggu! Aku salah. Bukan makmal kimia yang bercahaya, tetapi....
Entiti yang berdiri betul-betul di belakang kaca ini.
"AAAHHHHHH!!!!!"
"MON DIEUUU!!!!!"
"OY BLYATTTT!!!!!"
YOU ARE READING
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...