༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Beauty is not in the face;
beauty is a light in the heart ❞
Aku menapak penuh longlai menuju ke loker yang sudah beratus jam tak dibuka sejak cuti semester bermula. Seperti biasa, buku teks setebal Kamus Dewan yang isi kandungannya aku tak pernah cuba untuk faham, aku susun di dalam loker dengan kemas.
Gambar polaroid yang telah tertulis beberapa tulisan berangkai di atasnya aku lekatkan pada dinding loker. Terdapat gambar kumpulan K-pop kegemaranku iaitu BTS, dengan tiga per empat daripadanya ialah gambar Suga. Dan jangan nak kecam, aku dah cuba kurangkan jumlahnya okey? Haritu ada 26 keping harini ada 25 je. Sikit kan?
Selain itu, aku menambah beberapa keping gambar baru yang terdiri daripada gambar aku bersama rakan sekelas Grade 1 Tetris sesi 2020 ke dalam koleksi. Antaranya wefie aku, Curt dan Sam makan di kantin serta foto kitorang semua main baling bebola ais di padang pada hari pertama turunnya salji. Tak lupa juga gambar yang ditangkap semasa parti mengejut pada hari jadi aku yang berlatar belakangkan timbunan kotak hadiah, iaitu salah satu kenangan yang takkan pernah pudar dari ingatanku. Dan yang selebihnya merupakan swafoto yang memaparkan diri aku dengan setiap seorang antara mereka. Semuanya dalam bentuk polaroid kecil beserta tarikh gambar diambil yang tertera di bahagian bawahnya.
Aku tersenyum sendiri ketika memerhati satu demi satu kepingan gambar yang menyimpan pelbagai memori pahit manis tersebut. Waktu aku di sekolah lama dulu, aku tak pernah memiliki kenangan seindah ini walaupun aku sudah kenal bekas rakan sekelasku bertahun-tahun lamanya.
Rasanya masa bukanlah pengukur sebenar bagi kekuatan sesebuah hubungan persahabatan.
Sedang tanganku sibuk mengunci mangga pada loker, fikiranku melayang kepada sesuatu yang tak ingin kuingat semula. Namun aku tewas kepadanya apabila ia berjaya menguasai mindaku lagi.
Segala apa yang berlaku pagi tadi terus bermain di kotak fikiran bagaikan sebuah pita video lama yang tak ingin dimiliki lagi. Setiap kata-kata tajam daripada budak baru kurang ajar itu asyik terngiang-ngiang di telingaku.
"Aku ingatkan kau hot setap setup sangat macam orang kata. Sekali tengok, hilang terus selera aku."
Maksudnya... aku ni hodoh ke?
"Hello Al, are you done decorating your locker? Well, it's actually beautiful enough. Especially when you put our photo while jogging together at the park in the middle."
Tersentak aku mendengar sapaan dari sebelahku itu. Panjang lebar ayat dia sekarang ya, dulu bukan main cakap pendek-pendek sampai kau dapat kira panjang ayat dia guna pembaris. Aku lantas menoleh lalu memaksa satu senyuman tawar buatnya.
"Oh hello, Ed. Ya, it's been long since I'm done. I'm locking the locker now."
Balasku dengan fokus yang tertumpu pada mangga yang dari tadi tak terkunci. Ish apasal susah sangat nak kunci ni?!
Tanpa berkata apa-apa kepada aku yang jelas sedang struggle mengunci mangga, Ed mengambil anak kunci dari tanganku untuk membantu. Dan dalam sekelip mata, mangga telah dikunci kemas pada loker. Eh cepat betul, asal aku tadi lama sangat?
Inilah sebabnya aku lebih suka guna kunci bernombor, tapi malangnya aku tersesat taruh kunci lama aku entah di mana. Jadi ya, kunci itu hilang begitu sahaja. Dan memandangkan aku belum beli kunci baru, aku terpaksa pakai kunci spare buat sementara waktu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
