A/N
I purposely write it a bit confusing. Read carefully and try to figure it out on your own.
Unedited.
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ You can't change what's already been decided. ❞
Derapan terompah kecilnya bergema di kaki lima istana. Kain yukata yang labuh menyapu lantai diangkat tinggi sambil kakinya pantas berlari. Dia tidak kira lagi pandangan orang sekeliling, yang paling tak pun cumalah para pembantu istana, yang penting sekarang dia perlu sampai ke tempat itu. Ke bilik tatami di mana berlangsungnya upacara teh tahunan yang menghimpunkan seluruh keluarga diraja Negara Matahari Terbit itu.
Dia tidak boleh lambat ke majlis tersebut. Sejak zaman berzaman, upacara teh Jepun dianggap sebagai suatu seni klasik yang amat berharga serta penting untuk diwarisi oleh golongan bangsawan khususnya dari generasi ke generasi. Bermula dari teknik membancuh teh hingga cara memegang cawan, segalanya mesti tepat lagi sempurna tanpa sedikit silap pun.
Akhirnya, dia tiba juga di bangku menunggu dengan nafas yang tercungap-cungap akibat berlari tak henti-henti dari bilik beradunya tadi. Dia perlu menunggu di situ sebelum tiba gilirannya untuk dijemput masuk. Walaupun ibunya yang menjadi hos pada hari ini, dia juga tidak terkecuali sebagai salah seorang tetamu.
Punggung dia labuhkan di hujung bangku. Saudara-mara yang lain sudah lama sampai namun tidak ada seorang pun yang berani dia tegur. Memang sifat semulajadinya seorang yang pemalu. Dia cuba duduk sejauh mungkin dari ahli keluarga yang lain. Wajah ditunduk menatap lantai agar kehadirannya tidak menarik perhatian sesiapa.
"Kazuto-kun."
Tersentak dia mendengar namanya dipanggil seseorang. Lunak sahaja suaranya tetapi dia tahu itu bukan ahli keluarga terdekatnya. Mungkin sepupunya yang dia sendiri tak kenal siapa. Keluarganya besar, kalau nak dihafal semua nama mereka memang kalah sifir dua belas.
"Kazuto-kun."
Sekali lagi, suara itu menyeru namanya. Perlahan-lahan, dia mengangkat wajah namun pantas ditundukkan semula. Pipi mula membahang. Jika dengan ahli keluarga sejantina juga dia tak biasa bergaul, apatah lagi seorang wanita! Nak pandang pun kecut perut anak kecil itu dibuatnya.
"Kazuto-kun. Why are you so shy? It's me, Eri-san."
Ujar wanita tersebut sambil menyelitkan seurat dua rambutnya yang terlepas dari sanggul ke telinga. Dia menunduk sedikit, cuba menyamakan paras kepalanya dengan Kazuto.
"Do you know me?"
Dia bertanya mesra dengan senyuman manis terukir di bibir yang semerah kimono dikenakannya. Kulit wajahnya putih melepak bak salji begitu kontra dengan rambutnya yang hitam seperti langit malam. Soalannya cuma dibalas dengan gelengan laju. Melihat reaksi budak lelaki itu, dia tergelak kecil.
"I'm your first cousin. The daughter of Lady Hoshimura, your father's sister."
Kazuto hanya mengangguk-angguk, tidak pastu apa yang harus dibalas. Kalau sepupu itu sepupulah, bukannya ada kaitan dengan bahagia dan derita dia pun. Tiada sebab untuk terlalu ambil tahu ialah pesanan ibu yang sentiasa menjadi pegangan. Kata ibunya lagi, ahli keluarga sekalipun, jangan mudah percaya.
"You are so shy Kazuto-kun."
Sepupunya tertawa geli hati akan kerenah Kazuto yang comel. Hujung kimono dibawa menutup mulut. Ketika itu, tamat giliran seorang tetama digantikan lagi oleh tetamu seterusnya. Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja yang masih duduk di bangku menunggu.

YOU ARE READING
Putera Hati
Roman pour Adolescents『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...