༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Some gifts are big. Others are small. But the ones that come from the heart are the best gifts of all. ❞
Satu nafas yang dalam kutarik sambil sesekali melirik ke arah Madam Hilda yang sedang berkawad ke arah ini. Setiap seorang antara kami yang berbaris ini akan menunduk hormat apabila Madam Hilda lalu di hadapan. Beberapa orang yang telah berjaya melakukannya dengan sempurna mampu menghela nafas lega kerana mereka sudah terselamat daripada hukuman paling mengoyakkan pada hari terakhir persekolahan, iaitu hukuman balik lewat.
Dari ekor mata, aku dapat lihat Madam Hilda sedang menghampiri Feliks yang berdiri selang beberapa orang dari aku. Meskipun Feliks boleh dikatakan pelajar tercorot di dalam kelas kami, dari segi subjek Royal Etiquette tiada sesiapa boleh melawan kejahilan Curt setakat ini. Bukan kerana dia tak biasa dengan adab serta etika bangsawan—malahan, antara ramai-ramai putera dialah yang paling elegan di khalayak ramai—tetapi kerana di mata Curt, guru yang mengajar kami, Madam Hilda tak ubah seperti hantu.
Aku tak salahkan dia. Setiap kali penghujung kelas Royal Etiquette pasti Curt akan dicubit kerana selalu salah buat tugasan yang diberi gara-gara terlalu takut. Dan spot yang Madam Hilda cubit bukan kaleng-kaleng tau, dia biasanya cubit dekat...
"Miss Alice."
Baru aku perasan, Madam Hilda sudahpun berdiri tegak di hadapan aku rupa-rupanya. Tak sanggup mengangkat wajah memandang guru paling tegas di Akademi DiRaja Granté itu, aku tersasul sesuatu yang aku tak patut cakap.
"M-Madam, I didn't think about you just now!"
Ha, itu dia! Dengan mudahnya aku buat dosa percuma penangan rasa gemuruh di jiwa.
"I don't care what you are thinking. All I care about is your curtsy. YOUR BOW."
Ujar Madam Hilda dengan nada tegasnya yang beribu kali dengar tak pernah gagal menghantar getaran ke seluruh sangkar rusukku.
"Oh yes, my bow."
Untuk seketika otakku bertukar blank sampaikan aku sudah lupa segalanya tentang bow. Apa itu bow? Reben? Busur panah? Oh ya, aku dah ingat balik!
Kaki aku silangkan ke belakang—perlahan tetapi lancar—sebelum aku rendahkan diri sehingga mencecah pusat graviti badan sambil kedua-dua tanganku menarik hujung skirt dengan penuh santun. Aku kekal dalam posisi itu buat beberapa ketika yang amat menyeksakan. Setiap detikan jarum jam di dinding hanya membuatkan aku semakin berdebar selagi tiada sebarang kata yang menentukan nasib aku pada petang ini diucap oleh Madam Hilda.
Tolonglah, aku tak nak kemas kelas seorang diri pada hari terakhir persekolahan semester kedua ini!
"Pass."
Lututku jatuh mencium lantai papan kelas tatkala sepatah perkataan yang membawa seribu satu makna itu terpacul dari bibir wanita itu. Akhirnya, setelah hampir setahun bersekolah di sini dan sepanjang tempoh tersebut tidak pernah lagi aku lulus melakukan curtsy tetapi hari ini aku dapat menunduk hormat cara bangsawan dengan jayanya.
"You did it, Alice! Be my princess right now."
Tanpa memberi sebarang amaran, Feliks mendaratkan dirinya di atas lantai lalu jatuh terjelepuk di sebelah aku. Leherku dia rangkul sebelum penumbuknya digosok-gosok pada kepalaku menyebabkan rambutku yang elok bersanggul hilang kekemasan.
Belum sempat aku menggigit tangannya yang berlingkar di leherku, satu suara yang berupaya menyebabkan remaja seperti kami terkencing dalam seluar telah menerjah gegendang telinga sekaligus membatalkan niat jahatku sebentar tadi.
YOU ARE READING
Putera Hati
Genç Kurgu『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...