༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Above all, be the heroine of your life, not the victim. ❞
Pagi yang sungguh cerah bagaikan jika Sang Mentari bersinar terang di kaki langit, ia tidak akan terbenam lagi buat hari itu aku telusuri. Udara yang terasa begitu segar seolah-olah tiada secebis pun zarah debu terperangkap di dalamnya kuhirup dalam. Kepala didongak setinggi-tingginya merenung wajah langit Madrid.
Hari perlawanan sudahpun tiba.
Bertemankan percikan-percikan air pancut yang seragam mentarikan rentaknya beserta kicauan riang para unggas yang menumpang teduh di dedahan pohon wisteria, beberapa senaman ringan aku lakukan untuk memanaskan badan. Mungkin ini cuma imaginasi aku tetapi aku seakan dapat rasa darah hangat beredar lancar ke segenap salur kapilari baik yang besar mahupun kecil---menghidupkan kembali sel-sel dalam tubuh ini.
"Remember, hermosa. I'll give you two days to prepare. Only two days."
Dua hari. Masa yang amat singkat. Tetapi dua hari itu sahajalah tempoh aku ada untuk mengasah bakat yang masih terlalu muda dalam diri ini---yakni bakat bermain pedang. Tiap-tiap kali mata ini dicelik luas seawal terbitnya matahari dari ufuk timur lagi, hanya permainan pedang sahaja yang terlintas di benakku---mengimbau semula apa yang telah aku pelajari daripada Samuel dan Encik José.
"Sometimes trickery is necessary in order to win against your opponent."
Seharian masa aku luangkan jauh di dalam hati laman istana ini. Kadang aku berlatih sendiri. Kadang ada yang menemani. Aku cukup berterima kasih kepada semua yang membantuku selama dua hari ini, dari Samuel, Encik José hinggalah para pembantu istana yang acapkali datang membawa alas perut serta penghilang dahaga buatku.
"Señorita, let us know if you need anything."
Kerana mereka semualah, aku akhirnya betul-betul bersedia untuk berlawan menentang Enrique pada hari ini.
"I'm ready."
Taman ini kulalui dalam aku mencari ketenangan untuk dijadikan sebagai bekalan mental semasa perlawanan nanti. Korang pun tahu kan, aku ini memang jenis kuat gelabah. Jadi, lebih baik aku buat persiapan secukupnya sekarang takut nanti aku terlalu berdebar sampai terkencing-kencing dalam seluar seperti yang selalu terjadi kepada Curl ketika kelas Royal Etiquette and Manners.
Malu weh, tak sanggup aku. Kali terakhir aku kencing dalam seluar adalah ketika aku berumur 5 tahun. Waktu itu, aku mati-mati tak nak pergi ke tandas tadika disebabkan oleh mak yang pernah berkata, kalau sekali kita terjatuh ke dalam lubang tandas, terus masuk dunia dinosaur dan tak boleh keluar lagi. Sampai sekarang aku masih tidak percaya bahawa emakku sendiri telah menipu aku hidup-hidup.
Dalam aku asyik melewati pokok-pokok yang menghijau subur di kiri dan di kananku, satu sosok tubuh kurus muncul dalam penglihatan---jauh di hujung laluan sana. Tanpa teragak-agak, langkah dibawa mendekati gerangan yang sedang sibuk mengamati dedaun di hadapannya sehinggakan tidak sedar yang aku semakin menghampiri itu.
"Jo-sé!"
Lelaki tua yang masih melutut di atas tanah itu pantas berpaling ke arahku dengan kedua-dua matanya membundar besar sebelum air muka yang tadinya terkejut itu kembali terhias dengan satu senyuman kecil. Encik José menghela nafas lega.
"Oh it's you, Señorita."
Tergelak kecil aku melihat reaksi Encik José walaupun aku tahu perbuatan aku tadi bahaya sebenarnya. Nasib baik dia tidak ada masalah sakit jantung. Kalau dia mati terkejut di sini, jawabnya akulah yang akan dikenakan hukuman gantung atas kesalahan membunuh tanpa niat. Tachod!
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Ficção Adolescente『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
