A/N
Jawapan kepada soalan dalam bab sebelum ini ialah...
Fullmetal Alchemist Brotherhood dan Fruits Basket!
Tahniah diucapkan kepada minmintaetaethang kerana gigih meneka sehingga dapat jawapan yang betul 😂👏
Nah, update sebagai hadiah tapi saya tak sempat buat double check ya, hehe... 😅
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Let's play truth or dare.
Truth, tell me how you really feel.
Dare, prove it. ❞"Why didn't you wear it?"
"I told you, I don't want to!"
"But we already bought it for you! This is Playboy's Limited Edition Summer 2021 Frilled Bikini! You know how much this worths? 250 thousand euro!"
Satu set lengkap bikini merah jambu siap berhiaskan kain renda lagi disuakan betul-betul di hadapan mata ini, semakin dekat dan dekat dengan wajahku setiap kali aku katakan tidak tetapi itu bukan bermaksud aku akan mengaku kalah kepada Curt dan Feliks yang masih beria-ia mahu aku memakai bikini pembelian mereka yang tidak senonoh itu.
"No means no!
Tegasku sambil menyilangkan tangan di dada, tetap dengan pendirian yang tidak akan aku ubah sama sekali.
"I'm not going to wear it. Period."
Dengusan yang cukup kuat untuk menerbangkan dua putera gatal itu aku hembuskan keluar. Curt dan Feliks yang baru sahaja mendarat semula ke muka bumi masing-masing mengecut kepada saiz yang lebih kecil tidak ubah belon yang telah kehabisan udara, kalau mata aku belum rabun lagilah.
"But... I really want see Alice in bikini."
Bisik Feliks kepada Curt di sebelah namun tiada gunanya kerana aku dapat dengar juga. Bersama-sama mereka berdua duduk di atas pasir, membelakangkan aku dengan lutut masing-masing dipeluk dekat ke dada bagaikan aku tidak bersetuju untuk memakai bikini bermakna dunia akan berakhir buat mereka.
"You are not the only one, Feliks. I bet we all do but nobody is as brave as we are to admit it."
Aku nak tanya, dia tersalah sebut brave tadi kan? Sebab aku rasa dia nak cakap idiot sebenarnya.
"You too are longing for this moment, am I right, Edward?"
Curt yang tadinya sedang melukis orang lidi pada pasir menggunakan jari telunjuknya tiba-tiba sahaja menuding jari yang sama ke arah Ed. Putera England itu yang kebetulan berdiri berdekatan tetapi langsung tidak tahu-menahu tentang isi perbualan slash pergaduhan kami cuma merenung Curt dengan pandangan mata kosong yang kelihatan seperti hampir tidak bernyawa.
"I am just a mere gentleman."
Balas Ed---tiada seorang pun di antara kami yang faham maksud di sebalik kata-katanya---lalu dia teruskan bermain baling-baling bola tampar dengan seronoknya walaupun hanya seorang diri.
"They are not gonna admit it... but that means we are the only real men here!"
Curt dengan intonasi suaranya perlahan-lahan berubah dari "jom terjun bangunan" kepada "tiada siapa-siapa dapat halang aku!" bangun daripada terus menonggeng di atas pasir lalu dia berpaling kepada Feliks, menatap kawannya yang mudah terpengaruh itu dengan penuh keazaman dalam sepasang mata turquoise miliknya.
YOU ARE READING
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...