『 Kisah Alice dan Para Putera
Bahagian Dua 』
⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰
Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
Umm, hello. Sorry for not updating for like months, I really am. I know that most of you are starting to forget about the characters and the storyline itself 🥲 And this chapter is about one of the character's backstory that I think would be dull if you haven't been into the story for a very long time. Sooo, I'll just drop this chapter here. But you may want to read it after I finish this book till the end and then you'll binge read it from the beginning again but yeah, you are the reader. You decide how you want to read it. As the author, I sincerely hope you would enjoy it 🤗
PLAYLIST
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
!TW! Grooming.
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ You yourself, as much as anybody in the entire universe, deserve your love and affection. ❞
"Kau pergi ikut arahan dia bulat-bulat bukannya dapat apa-apapun. Buat diri sendiri nampak bodoh je."
Alice yang bukan main fokus lagi menurut setiap arahan diberi oleh ahli silap mata di kaca TV buat sesiapa yang ingin belajar magik kononnya tidak kuasa mahu menoleh kepada Carl yang baru sahaja di lounge. Tempat duduk di sebelah gadis tersebut dia ambil tanpa segan-silu dan berpeluk tubuh sebentar di situ, menunggu Alice naik angin mendengar ejekannya seperti selalu tetapi nampaknya kali ini gadis itu langsung tidak peduli pula akan kewujudan dia. Tidak puas hati dipalaukan begitu sahaja, Carl menambah lagi.
"Kau tahu tak sekarang ni semua orang tengah renung kau?"
Soalan Carl dibalas dengan gelengan daripada Alice. Memang ada betul juga kata Carl sebenarnya. Sekarang ini Alice menjadi tumpuan semua yang mengunjungi lounge hotel baik mereka yang cuma lalu-lalang mahupun mereka yang sudah lama berada di situ---semua asyik memerhatikan gadis itu barangkali kerana mereka juga ingin tahu sama ada akan berjaya atau tidak helah silap mata yang cuba dia ikuti dari rancangan yang sedang bermain TV---tetapi ada Alice peduli?
"Give up jelah, Alice!"
"Tak nak!"
Alice akhirnya menyahut setelah sekian lamanya membiarkan Carl dalam keadaan seen sambil tangannya masih lagi terkial-kial cuba meniru aksi yang terpapar di skrin TV---tidak dapat dinafikan dia kelihatan seperti orang cacat mental dengan sikunya sedaya-upaya didekatkan ke mulut ala-ala gaya menjilat siku.