༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Everyone thinks of changing the world, but no one thinks
of changing himself ❞"Samuel..."
Bahunya terhinjut sedikit tatkala namanya yang kuseru tanpa sengaja menyapa telinga. Aku yang sudah cukup hairan, hampir tidak percaya dengan apa yang aku lihat bilamana perempuan jadian itu tidak tergedik-gedik menghampiriku. Sebaliknya, dia hanya mengangkat sebelah kening yang berwarna merah keperangan---
Sekejap... merah keperangan?
"Your hair."
Rahangku jatuh tanpa aku sendiri sedari tatkala lelaki bernama Samuel itu aku perhati dari hujung rambut hingga hujung kasut. Beberapa kali aku kebilkan kelopak mata ini takut-takut aku yang tersilap pandang.
Namun tidak.
"Y-You dyed your hair?"
Attention
| Samuel's face claim has been changed from Oliver Hayes
to Julian Mackay |"Huh?"
Pantas tanganku dibawa menekup mulutku yang masalahnya, tidak dapat berhenti terlopong ini walau setelah aku terima respons dingin daripada Samuel---respons yang memberitahu aku bahawa Samuel yang berdiri tegak di hadapanku dengan kekosongan pada wajahnya itu bukan lagi Samuel yang aku kenal.
Bukan lagi si sotong tak bertulang yang aku kenal.
"Are you... okay?"
Entah kenapa tergagap-gagap bibirku berbicara apakala asyik memerhati paras rupa Samuel yang terlalu banyak berubah dalam masa yang begitu singkat. Bukan setakat kelakuannya sahaja yang aneh, tetapi dari segi pemakaian juga jauh berbeza. Jaket kulit yang amat kelelakian dia kenakan---segak dipadankan bersama seluar jeans tak ketat lagikan sendat, bukan seperti yang dia selalu pakai. Paling ketara sekali, rambut Samuel yang aslinya berwarna merah terang kini kelihatan lebih gelap---satu tona yang berada di antara warna merah dan coklat. Keritingnya juga sudah berkurang. Masih ada tetapi tidak sehebat dulu-dulu di mana kepalanya penuh ditumbuhi tornado mini yang turut sama bergoyang setiap kali dia menari pom-pom.
Apa yang aku pasti, inilah glow up terpaling wow pernah aku lihat sepanjang perkenalan aku dengan macam-macam orang yang pelik.
"Yes?"
Tiba-tiba sahaja perasaan seram sejuk merebak ke segenap sel neuron di dalam badan ini---menegakkan setiap bulu roma pada kulit dinginku. Tidak cukup dengan itu, lidahku juga kelu semacam walhal sepatutnya kini aku sudah menjerit sekuat hati dan berlari ke arah Samuel untuk menariknya ke dalam pelukan.
YOU ARE READING
Putera Hati
Novela Juvenil『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...