༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ I like the night. Without the dark, we'd never see the stars. ❞
Langkah aku bawa laju meredah kedinginan malam. Sesekali skaf yang jatuh terlorot dari leher, aku atur semula. Lengan aku gosok-gosokkan dalam usaha mencari haba. Walaupun sudah berinci-inci ketebalan jaket yang aku pakai, tidak juga mampu untuk meredakan kesejukan yang kian mencengkam kulit ini. Dingin tetapi hangat sedikit berbanding selalu.
Panggilan pungguk bersahut-sahutan di kejauhan. Suasana di dalam kawasan taman pada waktu siang sememangnya berbeza dengan malam hari. Pagi-pagi indah sahaja tetapi sekarang, macam dalam mimpi ngeri dengan kehadiran pokok-pokok tak berdaun yang seolah tak bernyawa serta cengkerik yang mengilai tanpa henti. Mana tak seram dibuatnya?
Namun, nak tak nak aku terpaksa jua lalu di kawasan taman ini untuk menuju Menara Astronomi. Sepanjang semester pertama, aku tak pernah jejakkan kaki ke situ kerana subjek Astronomy hanya akan dipelajari dalam semester kedua. Uniknya subjek ini daripada yang lain, ia cuma dijalankan pada waktu malam sahaja.
Skrek! Skrek!
Laju kepalaku menoleh ke arah bunyi itu. Sunyi. Tiada apa langsung. Aku tertanya-tanya apakah bunyi yang kedengaran seperti gemersik antara angin dengan salji itu tadi. Malas mahu mengendahkan gangguan tersebut, aku teruskan perjalanan.
Skrek! Skrek!
Serta-merta aku menghentikan langkah seraya berpusing ke belakang, lagi. Lampu dari telefon aku suluhkan ke sekeliling, mencari arah datangnya bunyi tersebut. Bulu tengkuk yang meremang tegak menambahkan lagi getaran di tanganku. Dengan suara yang tersekat-sekat, aku beranikan diri bertanya.
"Wh-who's there? Please don't joke around."
Kata-kataku yang tak berbalas teruskan bergema di dalam taman berupa hutan ini, lama sebelum ia akhirnya berhenti. Aku meneguk liur. Pesanan Edward suatu ketika dahulu terngiang-ngiang di telingaku.
"Listen, if something weird happened to you, please just tell us as soon as possible."
Mengandaikan bunyi itu hanyalah tapakan kaki haiwan, kucing barangkali, aku terus maju ke arah menara astronomi tanpa menoleh ke belakang lagi. Kali ini aku berjalan dengan kepantasan yang berbeza, mahu meninggalkan bunyi yang mengganggu itu secepat mungkin.
Tidak jauh dari sini, aku dapat lihat puncak menara yang dimaksudkan tadi. Menara ini taklah tinggi sangat tapi apabila aku berada semakin hampir dengannya, fuh nampak gergasi! Sekali tengok macam menara Rapunzel pun ada. Lama juga aku mendongak sehinggalah aku perasan akan kedatangan seseorang ke sini selain aku.
"Ingat cool ke buat jaket camtu?'
Aku menegurnya, atau lebih kepada menyindir sebenarnya. Ada ke patut dia pakai jaket separuh badan. Sebelah kanan dia pasang, sebelah kiri dia biarkan tergantung sepi. Dah sihat semua anggota badan tapi buat-buat OKU. Susahnya manusia spesies macam dia ini, tak pandai menghargai apa yang dimiliki.
"At least lebih cool daripada tetiba je keluar dari kelas pastu tak datang-datang balik."
Ujar Carl sambil mengoyak senyum sinis tanpa memandang ke arahku, langsung. Aku mendengus kuat, sengaja supaya dia dengar sebelum terus berlari masuk ke dalam menara. Bukannya nak berlumba ke apa cuma aku tak nak naik lif sama-sama dengan mamat mulut laser ini. Pantang betul aku nak hadap muka dia. Rupa dah ada tapi tahap kepuakaan setaraf Diva AA. Lebih parah mungkin.
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Novela Juvenil『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
