xxv | go sapphire go!

1.6K 234 73
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

❝ Talent wins games, but teamwork and intelligence win championships. ❞

Jaket baseball yang dihulurkan kepadanya Alice ambil seraya mengucapkan terima kasih. Berwarna putih dengan keseluruhan lengannya sebiru batu nilam sendiri, jaket berlogokan jata rumah Sapphire itu dia belek berkali-kali.

Not bad, fikirnya. Boleh tahan cool juga meskipun cutting jaket tersebut adalah direka khas untuk lelaki. Tapi tak mengapa. Setelah berbulan-bulan masa dihabiskan di sebuah sekolah all-boys, Alice semakin dapat menjiwai semangat kejantanan. Buktinya, sekarang dia sedang saling berbalas penumbuk dengan ahli-ahli rumahnya macam dah bertahun lamanya kenal.

"We might not own the victory, but we own our pride. Take a good care of it for these whole three days. Play fair no matter what. Winning and losing are just parts of the game."

Semua mata di dalam bilik serba biru itu memandang tepat pada Seung Woo yang petah memberi ucapan di hadapan dengan sedikit slanga Korea. Tidak hairanlah dia menjadi ketua rumah. Walaupun nampak jambu dengan bibir merah serta kulitnya yang pucat, sifat kepimpinan jelas wujud dalam dirinya secara semulajadi. Pidatonya telah berjaya meniupkan semangat ke dalam jiwa setiap seorang Sapphire yang berkumpul pada pagi itu.

"However, losing never existed in my life dictionary. As long as we didn't quit, we are always winning."

Wajahnya seakan bersinar dalam gelap pabila disimbahi tompokan cahaya subuh yang berjaya menembusi tingkap bilik. Batu-batu nilam yang terpahat pada perabot memancarkan semula cahaya yang jatuh ke atas mereka. Bergemerlapan seperti bintang dalam siang.

"Go, Sapphire, go!

We can't be beat, no!

We can't be beat, no!

Go, Sapphire, go!

We reign supreme!

Supreme!

We reign supreme!"

Lantai kayu kotak biru itu seolah bergoncang dek hentakan kaki hasil lompatan serentak mereka semua. Sapphire mungkin bukanlah rumah terhebat di Granté, tetapi semangat yang tertanam dalam setiap seorang ahlinya tiada tolok bandingnya.

"Good luck for the fencing, Curt. And don't hold any grudge against Livio. It was an 'accident'."

Sempat Alice menyiku sisi badan Curt semasa mereka melangkah keluar dari Blue Box. Curt yang tengah fokus menyanggul rambutnya mengukir senyuman terlebih yakin kepada Alice.

"Alice, I'm a good man eventhough I'm not the best prince. I don't care much if I don't win, like Choi said just know, as long as I have my pride."

Putera HatiWhere stories live. Discover now