༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ To appreciate the beauty of a snowflake, it is necessary to stand out in the cold ❞
Memandangkan petang ini lebih sejuk berbanding hari-hari lain sepanjang musim salji, aku mengambil kesempatan ini untuk memanaskan tangan dengan cara mengusap (menggosok sebenarnya) bulu yang tebal lagi selesa disandar itu. Sebelum korang salah faham, biar aku beritahu yang bulu yang dimaksudkan bukanlah selimut, bantal, jaket mahupun ketiak, tetapi...
Neighhh!
Bulu yang aku gunakan untuk panaskan tangan sekarang ini ialah bulu Flurbo, iaitu kuda yang dipertanggungjawab kepada aku untuk jaga. Berwarna putih bak salji, berbadan sasa dan tegap, berbulu lebat tetapi lembut seperti kapas. Dan tujuan aku datang ke sini adalah untuk melepas rindu terhadap kuda kesayanganku ini.
"Alaaa, kongsilah sikit haba tu! Tak baik tau jadi tamak. Nanti terlebih panas demam pula, siapa yang susah? Aku jugak!"
Ujarku kepada Flurbo yang aku yakini dia faham setiap apa yang aku katakan walaupun aku tak tahu satu benda pun yang dia cakap. Aku mengeratkan pelukan pada kepalanya yang lebih tinggi daripada diriku sendiri itu, mengambil sedikit haba dari badan kuda kesayanganku agar dapat menghangatkan hati yang terasa begitu dingin ini.
"My point is, you are starting to forget your own place."
Kata-kata Rupert masih lagi mengganggu fikiranku hingga ke hari ini. Mengapa Rupert, antara ramai-ramai orang, berkata sebegitu kepada aku? Dia, aku kenali sebagai seorang yang baik hati---sangat baik hati sehinggakan seringkali dia kelihatan seperti malaikat di mataku tetapi dirinya pada petang yang pahit itu seakan-akan orang yang berbeza. Suaranya, riaknya, personalitinya---bukanlah Rupert yang aku tahu. Lebih menghairankan aku, dia sendiri keliru akan apa yang berlaku seolah-olah Rupert tidak sedar bahawa bait bicaranya telah mengguris hati aku. Aneh.
Adakah aku yang terlepas pandang? Atau... mungkin ada sesuatu yang kena dengan Rupert? Ah, tak mungkin dia tak perasan! Entah-entah dia memang dah lama tahan diri untuk menegur aku. Aku tahulah aku siapa, dia tak perlu ingatkan. Tak perlu... Ish, sudahlah! Pedulikan Rupert. Padan muka aku tak nak cakap dengan dia lagi, hmph!
"Oh ya!"
Baru aku teringat yang aku belum beri Flurbo makan lagi. Apalah nasib dia dapat tuan macam aku ni, selamba je datang dengan tangan kosong tapi terhegeh-hegeh nak kongsi haba. Asyik take je aku ni, give tak nak.
Aku bangun dari duduk sementara Flurbo masih sedap-sedap bersantai di atas lantai. Langkah aku bawa menghampiri tempat letak rumput yang disediakan di salah satu sudut kandang kuda. Semasa aku berjalan, adalah beberapa ekor kuda ni sibuk nak mengurat aku. Ish ish, zaman sekarang kuda pun ada hati nak menggatal jugak. Memang sahlah dunia akhir zaman.
Lama aku amati jenis-jenis rumput yang ada untuk hari ini. Untuk pengetahuan korang, pihak akademi telah menyediakan pelbagai spesies rumput sebagai makanan kepada kuda-kuda milik para pelajar ini demi memenuhi cita rasa haiwan tunggangan yang semakin hari semakin cerewet itu. Dan kuda milik aku ni termasuk dalam golongan kuda yang kuat memilih.
"Kentucky bluegrass, orchardgrass, timothy-"
Gumamku sendiri sambil meneliti setiap rumput yang berbeza bentuk serta warna ini. Mataku melilau mencari rumput kegemaran Flurbo iaitu alfalfa. Dan akhirnya aku jumpa, nun jauh di atas ya di sebelah paling kiri kandang yang tak sekecil korang sangkakan.

YOU ARE READING
Putera Hati
Jugendliteratur『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...