l | my revenge

996 98 110
                                    

A/N

Pertama sekali, saya nak mohon maaf banyak-banyak sebab dah terlalu lama tak update 😭🙏 Saya rasa baru ada saya update sejak masuk tahun baru 2022 ni. Bukannya saya tak cuba tulis langsung cumanya saya sibuk memanjang kat sini sehari sempat tulis dalam seratus dua patah perkataan je 🥲 Jadi sini saya belanja korang, 11 000 patah perkataan ha! Tolong baca pelan-pelan ye jangan laju sangat. Beri saya masa untuk next update pulak 👉👈

Bagi yang dah tak ingat jalan cerita, boleh baca recap di awal chapter yang sebelumnya. Ada di sana. Chapter ini pula sambungan kepada date tak dirancang Livio dan Alice. Oleh sebab saya menulis dah tak konsisten macam dulu, maafkan saya kalau skil menulis saya semakin rapuh 😔 Saya harap korang still enjoy apa saya tulis dan jangan lupa pasang playlist you're going on a late night date with livio di Spotify untuk lebih feel ehehe.

Selamat membaca semuanya! ✨

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ Leave footprints of love and kindness wherever you go. ❞

Aku... menyesal. Menyesal sangat-sangat. Seandainya aku tahu ini akan berlaku, memang taklah aku nak heret Livio untuk temankan aku naik rollercoster tadi—seandainya aku tahu... tahap mabuk lelaki ini sebegitu parah sekali.

"Bluerghhh!"

Bunyi-bunyi yang hodoh terus-menerus keluar masuk telinga ini, aku hadapkan saja dengan perasaan tabah. Namun, alah bisa tegal biasa, syukur sekarang aku sudah lali dengan bunyi yang turut membuatkan aku hendak termuntah sama itu. Jikalau aku tidak lali pun, aku tetap tiada pilihan lain kecuali menemani Livio dalam dia menghadapi dugaan yang perit ini, kerana tanpa dia aku takkan pandai balik ke hotel seorang diri. Weh, kalau aku tahu selok-belok sini memang dah lama aku tinggalkan dia tau!

"Are you done yet? You keep throwing up chocolates! God, just how many bars do you eat in a single day?"

Entah sudah berapa minit kami berdua tersekat di sini—di sebelah pagar yang memisahkan kami para pengunjung funfair dari air laut yang bergelora di bawah tapak kaki—aku sudah tidak terkira lagi. Sejurus selepas kami turun dari rollercoster, Livio dengan lintang-pukangnya terus memecut lari—laju ya amat sehinggakan aku yang mengekori di belakang hampir kehilangan kelibatnya. Aku punyalah risau, kot-kot dia dirasuk setan ke diserang sawan babi ke dikejar babi hutan ke apa ke, tetapi rupa-rupanya dia tak tahan nak muntah itu saja. Itupun sempat juga nak jaga imej, katanya tak mahu muntah di tepi parit kerana ada reputasi yang perlu dijaga. Habis itu yang dia pergi muntah ke dalam laut sekarang ini tak kesian ke dengan ikan-ikan yang menanggung azab di bawah sana? Haih!

"Here's some tissue."

Sehelai tisu aku hulurkan kepada Livio tanpa secebis keikhlasan sebaik sahaja lelaki itu membelakangi lautan yang telah puas dia cemarkan, disambutnya bersama ucapan terima kasih. Selepas mengambil sedikit masa untuk memastikan sekitar bibirnya betul-betul bersih, barulah dia kembali menghadap aku yang kekal sabar menunggu di sisinya sedari tadi lagi.

"How do I look?"

Soalnya sambil dia menuding wajah diri sendiri. Sempat juga dia serabaikan rambutnya yang bukan berstail buku seperti selalu sementara menunggu balasan daripada aku. Oleh kerana aku sudah cukup masak dengan perangai suka mengemis pujian Livio yang terang-terang ingin mendengar "You look good" dari mulut aku, akhirnya aku cuma membalas,

"You look like Livio, now let's go."

Cepat-cepat aku mengheretnya pergi sebelum dia sempat membuka mulut lagi. Tolonglah, tak kuasa aku nak dengar dia puji diri sendiri walhal ayat yang sama sahaja aku dengar berulang kali, "You don't even have to tell, I know you're thinking of how handsome I look right now". Haktuih! Setiap kali soalan yang sama diajukan, aku hanya mampu membalas dengan gelengan penat. Nak palau tak sampai hati, kasihan dekat Si Livio takut dia kuyek (koyak) pula nanti. Namun, kali ini peduli apa aku memang aku bluetick dia hidup-hidup siap memintas ayatnya lagi.

Putera HatiWhere stories live. Discover now