༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝You are an alchemist;
make gold of that.❞"Parade de Granté?"
"Think of it as a school festival, they just love making up fancy names."
"What is a school festival?"
Dengan pertanyaan itu, aku seakan-akan nampak kesabaran memudar dari rona wajah Rupert namun cepat-cepat dia sembunyikan di sebalik senyuman. Tipikal Encik Jekyll and Hyde.
"Well, usually it's an annual event where people sell things, make performances, hold competition with eye-catching prizes—something like that."
Bersinar-sinar mataku mendengar penerangan Rupert, macam menarik! Sudah lama aku tunggu untuk aktiviti sekolah yang aku boleh sertai seperti ini, bukan setakat hari sukan yang aku cuma mampu duduk perhati.
"And by people, I mean us students."
Rasa teruja aku terpadam serta-merta.
"With us, the student council members doing the extra paperwork."
Bagaikan kini masa yang sesuai untuk mematahkan semangat aku yang sudah sedia kecewa, sebuah fail yang berat tidak dapat bawa bincang diletaknya di atas tanganku sambil Rupert menekankan perkataan "extra paperwork".
"I did not sign up for this!"
Rungutku, walau sedikit pun tidak membantu.
"Tell that to the whole school. They were excited when the principal announced about this during the assembly."
Livio yang turut sama mengemas kertas-kertas kerjanya yang tidak berpenghujung sibuk menyampuk. Aku cuma membalas dengan jelingan seolah-seolah menyuruhnya diam. Sebenarnya bukan untuk kali ini sahaja, sudah seminggu aku menyahut apa-apa yang lelaki itu kata dengan hanya pandangan mata—seminggu sejak... peristiwa itu.
"The assembly which you—you know..."
Aku tidak tahu dia sedang mengusik atau menyindir, tetapi aku yang malas mahu melayan dengan seribu satu tugas baharu bukan sahaja untuk difikirkan malah dibawa di tangan terus bangun dari meja mesyuarat lalu meninggalkan bilik Kesatuan Pelajar tersebut. Pantas tapak kaki ini dijejak menelusuri koridor, mengelak daripada berselisih bahu dengan sesiapa—mengelak daripada apa-apa perbualan bersama Livio untuk 7 hari lamanya. Aku tidak tahu sampai bila--mungkin esok, lusa... bila-bila?
Tidak.
Rupa-rupanya sampai hari ini sahaja apabila fail seberat batu belah batu bertangkup yang aku berjaya angkat tanpa terjatuh mahupun terhuyung-hayang menghilang dari tanganku. Seketika aku terkebil-kebil keliru.
"You can't avoid me forever. We are in the same class, the same council, with the same assignments and responsibilities—I need to talk to you about work."
Siapa lagi yang suka bikin tak tenteram hidup aku kalau bukan lelaki berambut buku itu?
"There's no work to talk about."
Tegasku, cuba merampas semula fail aku dari tangannya namun dipaksa untuk berputus asa tatkala Livio menjunjungnya di atas kepala. Apani main kasar!
"Oh yes, there IS. You see these heavy *ss documents above my head, THIS is what we are gonna work on together."
"But Rupert gave that to me!"
"Yes, as our shared responsibility."
Aku dapat bayangkan batu yang dipegangnya kini terbelah dua—satu aku bawa, satu lagi milik dia... tetapi tidak boleh!

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Ficção Adolescente『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...