༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ It's better to be a lion for a day than a sheep all your life ❞
Teksi yang kami yang naik berhenti betul-betul di hadapan pagar masuk akademi yang gah berdiri, bersama gerbang besarnya dengan tulisan HERE WHERE PEACE BEGINS. Aku ingat lagi waktu mula-mula aku tiba di sini, aku tidak dapat baca ayat itu sebab cahaya matahari terlalu terik menyebabkan pandanganku silau.
Sebelum turun dari teksi, aku dan Hawkin berlumba-lumba untuk bayar pak cik teksi. Oleh kerana Hakwin terhegeh-hegeh sangat kira duit di dalam dompet Gamabunta miliknya, aku yang sudah sedia dengan 10 dollar dalam tangan membayar terlebih dahulu.
Aku menjelirkan lidah kepada Hawkin lalu turun dari teksi itu, sekaligus mengumumkan kemenangan aku dalam perlumbaan sia-sia ini. Barang aku punggah keluar dan tanpa membuang masa lagi terus menapak ke dalam kawasan akademi diikuti oleh Hawkin di belakang.
"A-Alice, slow down!"
Hawkin yang termengah-mengah mengalahkan diva sekolah merentas desa menepuk kuat bahuku.
"Exercise more, Hawkin. Look at me, I was very unhealthy back then. But after spending some time jogging with Ed, I'm getting fit now."
Hidung aku angkat tinggi penuh bangga. Padahal baru beberapa bulan ikut Ed bersenam, itu pun dalam dua minggu cuma sekali je. Riak amat.
"La...terrr. Huff huff!"
Begitu kencang nafas Hawkin turun naik bagaikan dia hampir mati lemas. Para pembaca sila biasakan diri dengan watak-watak cerita ini yang sangat suka berdrama. Termasuklah aku.
"Hey, why did you gave him more just now? The fee was just 8 dollars."
Tapakan kakiku berhenti tepat di hadapan sebuah arca daun yang merupakan mercu tanda Akademi DiRaja Granté ini---menyebabkan langkah Hawkin terhenti juga. Di sekeliling arca emas yang berdiri nan megah di perkarangan akademi itu, terdapat sebuah air pancut yang berirama tanpa lagu namun aku rasa seolah-olah aku dapat dengar setiap bait muzik yang sedang ia tarikan.
"Who knows he might need it even if it's only 2 dollars extra."
Jawabku dengan tangan diangkat sehingga ke paras bahu. Entah kenapa pergerakan tanganku tidak berhenti di situ, sebaliknya ia menyilang ke bahu, kemudian buka silang dan seterusnya picit-picit tinggi di udara.
Korang tahu tarian apa kot.
"Never miss the chance to be kind."
Hawkin hanya mengangkat sebelah kening dengan pandangan, "What dance is that?" diberikan. Aku tahu dia tak hairan sangat dengan perbuatan aku kerana dia dua kali lima gila. Sekurang-kurangnya aku tak pernah menyanggupkan diri untuk buka seluar dalam semasa main Truth Or Dare.
"A trending Tik Tok dance in Malaysia."
"Seems interesting. Teach me."
Langkah demi langkah aku ajarkan kepadanya dan tidak sampai 3 kali berlatih, Hawkin sudah berjaya menguasai tarian Entah Apa Yang Merasukimu. Sedang asyik kami berdua menari di tengah-tengah laman dalam ini tanpa mempedulikan pandangan jelik orang di sekeliling, tiba-tiba-
"HAWKINNN!!!"
Tarian kami berdua berakhir dengan satu lompatan tinggi akibat terkejut dengan sergahan yang tidak lain tidak bukan ditujukan kepada satu-satunya pelajar bernama Hawkin di akademi ini. Sekadar mendengar ngauman itu sahaja pun aku sudah naik seram, apatah lagi Hawkin empunya nama yang diseru kuat itu sehinggakan perhatian semua orang bertumpu kepada dia.
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
