xix | clair de lune

2.5K 358 210
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ It is not in the stars to hold our destiny but in ourselves. ❞

"Kau okey ke tak ni?"

Suara Jennie kedengaran seperti dengungan lalat sahaja di telingaku. Wajah yang tersembam pada meja aku angkat sedikit, sebelum dihempaskan semula. Sakitlah juga pipi aku tetapi tidaklah sehebat sakit di hati buat masa ini.

"Bodohlah lelaki tu! Ajak kau pergi majlis dia pastu bila kau dah bagi coklat dia reject. Dahlah alasan tak munasabah, adakah patut dia cakap tak nak ambil makanan orang bagi?! Dasar jantan j*h*n*m. Puiii!"

Pelbagai sumpah seranah terpacul keluar dari mulut Payton. Dia pun bukan jenis yang celupar dan suka mencarut tetapi selepas apa yang berlaku kepada aku hari ini, dia gagal mengawal kelakuan diri sendiri.

"Dahlah Alice, lupakan dia. Banyak lagi kumbang kat luar sana, bukan si gila tu seorang je."

Kali ini suara seorang lelaki pula yang memujukku. Adu si kaki sakat juga tak sampai hati nak kacau aku macam selalu.

"Lagipun... aku kan ada?"

Aku dapat dengar bunyi tamparan yang agak kuat tetapi aku tak berminat nak ambil tahu sebab aku memang dah tahu siapa yang menampar dan siapa yang ditampar.

"Aku dengar semalam dia join jugak birthday party si Shan Hau tu. Orang ajak-ajak ayam je kot, pun dia nak pergi. Tak tahu malu betul."

"Padan sangatlah dengan muka dia kena reject camtu."

Setelah sekian lama aku mengucup permukaan meja yang penuh dengan contengan pensel, akhirnya aku bangun dari tempat duduk dengan lagak seperti aku tak ada dengar apa-apa hinaan dan cacian.

"Aku nak pergi ambik angin kejap."

Ujarku tanpa memandang ke arah sesiapa. Pas keluar kelas aku ambil lalu disarungkan ke leher. Dengan langkah yang longlai, aku berjalan pergi. Rambut yang serabai aku biarkan sahaja, terjuntai, tertegak, terlurus, terkusut, lantak dialah. Getah rambut pun aku dah tak ingat aku letak di mana.

Aku melangkah perlahan tanpa arah tuju. Nak kata pergi tandas, tak juga. Nak kata pergi ponteng, tak juga. Aku pun merayau-rayaulah dengan harapan aku akan terjumpa si crush yang telah banyak sakitkan hati. Bodohkan aku? Orang layan aku macam lampin pakai buang, tetapi aku masih tak putus asa. Padan muka.

Punyalah lama aku men-zombi di sekitar kawasan sekolah namun entah kenapa aku bertuah semacam hari ini, aku langsung tak bertembung dengan mana-mana cikgu. Kalau ada cikgu yang jumpa aku dalam keadaan separah ini tak ke naya aku nanti.

Setelah letih berjalan, aku akhirnya berhenti berehat di satu kawasan tersembunyi yang tak ramai orang tahu. Atau mungkin, cuma aku seorang sahaja yang tahu. Tempat yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah belakang stor lama yang dipisahkan dengan hutan belantara oleh sebuah pagar dawai. Aku yakin tiada sesiapa yang akan datang ke sini kecuali aku sebab tak ada sesiapa yang segila aku. Ya, aku mengaku aku gila.

Gilakan dia.

Dedaun kering di atas simen aku tepis terlebih dahulu sebelum melabuhkan punggung. Aku memeluk lutut sambil mataku memandang jauh ke hadapan, menembusi celahan daun-daun pokok sehingga kelihatan jalan raya di seberang hutan sana. Aku berkira-kira sama ada nak melompat keluar dari pagar ini atau tidak. Bolehlah aku balik ke rumah terus kan? Sekali sekala buat hal, bukan selalu.

Putera HatiWhere stories live. Discover now