『 Kisah Alice dan Para Putera
Bahagian Dua 』
⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰
Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
Yang sempat baca waktu saya terpublish tanpa sengaja dah tahu dah apa isi kandungan bab ni, JADI saya nak buat PERUBAHAN BESAR! Tak sama dengan apa yang korang dah baca. Sebenarnya masa saya terpublish tu saya belum habis tulis pun—hancur berterabur pulak tu 🥲 Saya sendiri tak suka spoilers dan tak nak pembaca saya kena benda yang sama, jadi sebagai sedikit tanda maaf, saya berikan kejutan untuk semua kali ini.
I'm majoring in engineering actually, sibuk dia tak boleh bawa bincang tapi saya selalu cuba cari masa untuk menulis 😔 Korang doa supaya saya dapat update selalu okey!
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝Isn't it fun? Thinking I'm right when I'm probably wrong. ❞
Aku tiba di kelas sebelum perhimpunan tamat lagi. Tote bag dari Shopee disangkut ke bahu sambil aku menuju ke tempat letak lokerku. Semua barang yang perlu disumbat ke dalam beg terlebih dahulu. Cuma set alatan kebun dan sarung tangan merah jambu dibawa bersama, baru aku bergerak ke rumah hijau untuk kelas yang pertama buat semester ini, Herbalism and Naturopathy.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Terletak jauh di tengah-tengah Botanical Garden kami, rumah hijau ini biasanya sunyi tanpa sesiapa sudi lawati sehinggakan sebahagian besar dinding putihnya dilitupi dedaun malar yang tumbuh mekar dengan bunga-bungaan putihnya—keindahan dalam kelalaian. Tidak ramai peduli, tetapi masih teguh berdiri.
Ada kalanya ahli setia Nature Club yang kebanyakkan terdiri daripada anak-anak pengeksport utama hasil tani di dunia datang ke sini—aku tidak termasuk dalam kalangan mereka, cuma aku tahu memandangkan aku selalu lalu di sekitar sini semasa menunggang Flurbo pada petang hari. Pagi ini di mana semua pelajar masih berhimpun di dalam Harmonia Auditorium, semestinya rumah hijau ini lengang lagi sepi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tahu tiada sesiapa berada di sini selain aku, terus aku campak barang yang dibawa bersama ke atas meja seolah-olah itu bukan beg kegemaran aku yang mungkin rosak gara-gara diri aku sendiri. Airpod aku cucuk ke dalam kedua-dua telinga memekakkan diri dari dunia. Tiada lagu terpasang, cuma sepi ingin dicari. Jauh ke dalam bangunan ini aku membawa diri, hanya berhenti apabila aku menemukan sebuah kolam kecil yang tidak pernah aku tahu kewujudannya sehingga kini.