xi | boosting self-confidence

2.9K 278 97
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ Because one believes in oneself, one doesn't try to convince others. Because one is content with oneself, one doesn't need others' approval. Because one accepts oneself, the whole world accepts him or her. ❞

Pada satu petang yang tenang beberapa hari selepas berlakunya insiden bom di mana aku cuba live titanically mengikut tips Hawkin demi melupakan perkara yang mak beritahu aku dulu.

Fuh panjangnya ayat.

"OMG LEVI!!!"

Cuba korang aku tengah tengok anime apa.

Memandangkan cuaca di luar berisiko untuk membekukan bulu-bulu di seluruh badanku, aku pun memerapkan diri di dalam bilik sambil tersengih-sengih melihat kekasih hati yang kacak lagi sempurna beraksi di skrin komputer ribaku.

Sungguh, anime characters are better than humans.

Sejak bila aku ada laptop korang tanya? Pergi rujuk balik xlviii | accept me dalam buku satu, jawapan menanti anda.

"Heard someone needs a self-confidence boost."

Sedang aku syok fangirling seorang diri, kedengaran satu suara berbisik tepat di telinga kananku.

"Hah, siapa cakap?"

Balasku lalu menyambung ber-fangirling sakan. Haih Levi ni, pendek pun tetap hensem.

Eh jap.

Aku seorang je di dalam bilik ni.

Tak.

Mana ada orang lain tinggal di asrama ni.

"Ooh la la, I never know Alice watches hentai!"

Dengan sepenuh tenaga milik seorang wanita lemah dan lembut, aku mencampakkan Iphone 12 ke arah datangnya suara itu sebagai langkah melindungi diri. Aku terus menoleh ke belakang da- eh lagi.

Bila masa aku duduk di tepi tingkap?

Telefon malang yang aku lontar tadi rupa-rupanya dapat dielak oleh si penceroboh dan berjaya melolosi tingkap bilik.

"Mimi!"

Aku memanggil namanya sambil menjengukkan kepala ke luar tingkap untuk melihat si dia yang kini sedang terapung di ruang udara akademi. Hanya mampu melutut kaku di atas katil, aku memerhati dari awal hingga penghujung kejatuhan tersebut yang berakhir dengan satu Krash! yang sayup-sayup kedengaran.

"Mi-mi..."

Tidak dapat menerima tragedi ngeri yang berlaku betul-betul di depan mata, aku terduduk di atas katil bercadarkan animasi BT21 yang juga aku peroleh dari bab yang sama dengan dua objek aku sebut tadi ; Iphone and laptop.

Waktu aku tengah koyak rabak itulah, ada sesuatu melompat masuk ke dalam bilikku melalui tingkap. Dalam sekelip mata, apa yang tinggal sebagai tatapan mataku hanyalah seutas tali yang tergantung entah dari mana.

"Evening, Mademoiselle! Since I'm an underrated character in Book 1, I came here to win the readers' heart by lifting up your spirits."

Dalam keadaan separa hidup separa mati, aku memusingkan kepala ke arah punca suara yang aku yakin milik penceroboh itu.

"I... phone... ku..."

"Yup, your fallen Iphone 12! No worries, we'll buy a new one later."

"But my photos, my memories."

Putera HatiWhere stories live. Discover now