xlvii | campfire shenanigans pt.2

1.2K 140 180
                                    

A/N

Sorry for the late update but hear me out, this chapter is about 11500 words---a long journey for you as my apology.

And I thought xliv|case closed which is around 9000 words would be the longest chapter in PH 🌚

I seriously need to practice writing something shorter 🤦‍♀

I didn't do any double check so please forgive the typos or whatever mistakes in this chapter.

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

Peluh yang merenik di sekitar dahi aku lap dengan belakang tangan sembari aku mengambil satu langkah berundur ke belakang. Terus sahaja Feliks dan Felisia datang menempel di sisiku. Senyuman puas kami bertiga tarik bersama.

"We did it!"

Selepas terpaksa menghadapi pelbagai cabaran serta halangan demi mendapatkan apa yang berada di depan mata kami sekarang ini, iaitu perapan ayam mentah untuk dipanggang di atas unggun api nanti, aku, Feliks, dan Felisia saling berbalas high-five---meraikan kejayaan kami dalam menyelamatkan projek campfire yang hampir-hampir sahaja menjadi kegagalan seketika tadi.

"How can I almost forget my mom's secret recipe?"

Gumamku, sedikit kecewa dengan diri sendiri kerana nyaris-nyaris terlupa tentang resipi unik mak yang pernah menjadi makanan harianku suatu ketika dahulu, pada saat-saat genting pula itu! Anak jenis apalah aku ni...

"What is it called, Alice?"

Soal Felisia sambil dia menghulurkan sehelai apron yang sudah kotor dengan percikan-percikan coklat kepada aku untuk dilipat memandangkan perkara itu berada di luar kepandaiannya. Buat apa seorang puteri raja nak kemas pakaian dia sendiri sedangkan terdapat beratus-ratus orang pembantu sentiasa bersedia untuk berkhidmat di dalam istananya?

"Ehem ehem..."

Terlebih dahulu aku mendehem penuh gaya sebelum bekas Tupperware berisi kepak-kepak ayam yang telah direndam selama setengah jam di dalam minuman Cola dijulang di atas kepala seolah-olah sedang mempersembahkannya kepada malaikat di langit.

"The name is Chicken Masak Cola! An authentic, special recipe by my beloved mamak!"

Umumku dengan perasaan bangga yang teramat macamlah mak aku seorang sahaja pandai masak ayam Cola. Hidung aku angkat setinggi-tingginya sehingga hampir mencecah siling. Yup, tak sah kalau tak ada hiperbola serta secubit drama tetapi siapa sangka Felisia juga dua kali limanya? Sambil bersorak riang bersama aku, dia siap pergi campak confetti lagi ke udara sebagai special effect untuk menghypekan suasana yang tidak cukup meriah dengan setakat suara kami berdua sahaja---tiada pekikan yang memekakkan Feliks kerana dia sudah jatuh pengsan akibat kepenatan, sejak bila entah aku pun tak perasan juga. Kesian.

"Guess we better bring this to the others right now. The sun is setting soon too, we don't wanna be late for dinner. "

Cadanganku mendapat anggukan bersungguh-sungguh daripada Felisia sebagai tanda bersetuju yang bukan setakat sekali dua tetapi berpuluh-puluh kali agaknya, mungkin kerana terlampau teruja untuk menyambut Saint John's Eve yang akan berlangsung pada malam nanti.

"Oh! And..."

Sementara jari-jemariku lincah meleraikan ikatan tali apron di belakang badan ini, sempat juga aku mengerling sekilas ke arah Feliks yang sudah terkulai layu di atas lantai dan akan terus mereput di sana selagi tiada sesiapa sudi mengangkat lelaki itu kembali ke biliknya. Kepalaku dipusingkan kepada Felisia yang hanya mengangkat sebelah kening putihnya, menantikan kata-kata seterusnya daripada aku.

Putera HatiWhere stories live. Discover now