lix | miss you like a little kid

395 33 2
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

Forgiveness is the final form of love.

Selepas mengalami sesi mental breakdown semalam, Alice Allyna kembali semula untuk semester yang ketiga dengan extra slay supaya sesiapa sahaja yang ada hati nak culik aku tahu yang aku langsung tidak terancam dengan ugutan mereka. Langkah yang panjang, pantas dan yakin aku ambil setiap kali—mencampakkan jelingan buat sesiapa yang berani angkat wajah memandang diri ini. Ha, kau ingat aku takut? Culiklah aku culik!

Aku terus bergerak menuju ke kelas tanpa tahu-menahu berapa orang bersalah dan berapa orang tidak bersalah sudah aku rempuh sepanjang perjalanan dari asrama lagi; sesekali tersadung dan terterjun dari tangga meninggalkan beberapa lebam sebagai cenderahati sehinggalah aku tiba di destinasi. Sempat aku terteleng-teleng ke sekeliling. Sesiapa sahaja yang berlaga mata dengan aku tidak akan terlepas daripada kerlingan maut ini. Setelah membuat isyarat "I see you" dengan budak dari kelas mana aku pun tidak tahu, baru aku buka pintu masuk ke dalam kelas aku sendiri—namun sebelum sempat aku berbuat begitu, tubuhku menjadi kaku.

Hawkin Horane.

Hanya ada aku, dia, dan jarak yang memisahkan kami persis saat pertama kali. Cuma bukan sebagai teman sekelas lagi. Separuh kaki sudah berada di dalam bilik darjah sendiri namun entah mengapa terhenti. Entah mengapa... tiada sepatah kata mampu terucap dari bibir ini meski terdapat seribu satu kisah ingin aku ceritakan kepada empunya sepasang mata biru yang merenung diriku ini. Jika benar dia sudi mendengar, aku tidak akan ditinggalkan tergantung sepi. Jika benar... dia tidak sudi mendengar, Hawkin sepatutnya berpaling tubuh dari aku kini.

Akan tetapi, dia masih berdiri di situ. Di hadapan pintu kelas itu. Di sebelah aku.

Sehinggalah deringan loceng pagi menoktahkan perbualan tanpa bicara kami berdua, baru aku dan Hawkin berpaling dari satu sama lain lalu melangkah masuk ke dalam kelas masing-masing... hanya untuk menemukan meja-meja kosong serta kerusi yang semuanya tidak berpenghuni.

Kelas aku lengang.

Aku berundur setapak keluar semula dari pintu. Kanan aku toleh, terpandang pula Hawkin yang kebetulan sedang berbuat perkara sama. Seketika kami berdua terkebil-kebil memikirkan juga perkara sama, sebelum masing-masing membuka langkah seribu menuju ke auditorium di mana perhimpunan mingguan mungkin sudah bermula. Matilanak!

🌻🌻🌻

"I do not wish any of this to happen again, Miss Alice."

Aku cuma mampu mengangguk reda. Tapak tangan kiri ditadah setia—atau mungkin taklah setia mana, asyik-asyik tarik balik sampaikan kena marah oleh Madam Hilda juga akhirnya.

"Your hand please!"

Pap!

Begitulah ceritanya bagaimana tapak tanganku masih terasa berdenyut-denyut sehingga sekarang, dan begitulah juga dengan mereka yang sebaris denganku—sebelah-menyebelah kami berdiri di bahagian paling belakang auditorium, masing-masing menanggung akibat datang lewat ke perhimpunan. Semua tidak terlepas daripada dikenakan hukuman rotan. Ini kali yang pertama buat aku, dan aku berharap ini kali yang terakhir juga. Haih...

"It's not too bad."

Tersentak aku, tidak menyangka salah seorang daripada ramai-ramai pelajar yang melanggar peraturan ini tiba-tiba mahu berbual dengan aku. Aku hanya menayangkan senyum tipis kepada lelaki yang kalau tidak silap aku adalah pelajar kelas sebelah itu.

Putera HatiWhere stories live. Discover now