xliv | case closed

1.2K 160 118
                                        

A/N

Just to make it clear and to avoid confusion later on.

Effeminacy is the manifestation of traits in a boy or man that are more often associated with feminine behavior, mannerism, style, or gender roles rather than with traditionally masculine behavior, mannerisms, style or roles. In Malay, we call it kepondanan or kelembutan.

Not everything here is scientifically accurate although I already did my research, but since this is a fiction story let's assume it is.

Word count : Almost 9000 and I hope this will be the longest chapter of Putera Hati.

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

❝ Don't lose something you have for something you think you want. ❞

Deruman enjin teruskan berdengung ke serata atmosfera di laman sebuah istana Baroque yang maha gah berdiri di atas muka bumi Madrid. Limousine yang sudah lama terparkir di hadapan istana tersebut tidak dapat bertolak menuju ke destinasi selagi Sang Permaisuri belum berangkat pergi---atau dalam kata lain, selagi seorang kanak tidak melepaskan bonda dari pelukan kecilnya.

"M-Mama... come back soon okay?"

Sejak tadi tangan genitnya berlingkar di sekeliling pinggang si ibu menyebabkan wanita tersebut tidak mempunyai pilihan selain tunggukan sahaja anak tunggalnya itu meleraikan dakapan mereka dengan sabar. Meskipun sebolehnya dia tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kepada bonda, tiada setitis pun air mata mengalir di pipi kanak kecil itu. Sedaya-upaya dia cuba menahan dengan hati yang tabah.

"No te preocupes, Sammy. I promise it won't be long."

Ujar Permaisuri Sepanyol yang juga merupakan ibu kepada budak lelaki tersebut bersama senyuman lembut senantiasa meniti di bibir mungilnya. Rambut merah keriting milik si anak dibelainya penuh kasih. Permata hatinya itu cuma membalas dengan anggukan lemah. Wajah yang sedari tadi tersembam pada gaun merah milik bonda akhirnya diangkat menatap wanita jelita itu.

"I'll wait."

Perlahan-lahan, pelukan mereka dia leraikan sungguhpun dengan hati yang begitu berat---berat untuk melepaskan kehangatan bonda jauh dari gapaiannya. Jika bonda tiada bersamanya, siapa yang akan datang menemani dirinya ketika titikan-titikan hujan turun ke bumi dengan lebatnya pada malam hari seolah mahu melemaskan dia di bawah teduhannya? Siapa yang akan mengusap ubun-ubunnya sambil berbisik memberitahu bahawa segalanya sentiasa baik-baik sahaja walaupun rangka tingkap biliknya bergegar dek dentuman guruh yang sungguh kuat di langit? Siapa... yang akan pedulikan dirinya selain bonda?

"Samuel dear."

Melihat kesayangan hatinya masih belum mampu tersenyum ceria seperti selalu, Permaisuri Sofia sanggup mengotorkan gaun baharunya apabila dia melutut di hadapan Samuel demi menyamakan ketinggian mereka. Ibu jari dibawa ke pipi kanak kecil itu, mengelusnya lembut sebelum satu kucupan ringkas didaratkan di sana.

"This kiss left a part of me with you."

Tutur wanita itu seraya pipi gebu anaknya ditakup dalam kedua-dua tapak tangan. Wajah mereka berdua dia rapatkan sehinggalah dahi anak-beranak itu bertemu. Direnung tepat mata Samuel yang seungu miliknya---bercahaya namun sedikit kelam berbanding biasa. Biarpun kanak itu tidak banyak bereaksi, bonda cukup faham akan perasaannya meski tanpa perlu dia berkata-kata. Permaisuri Sofia tahu bahawa kesedihan yang bergelumang dalam jiwa anaknya saat itu kini sedikit sebanyak telah terubat selepas dia menghadiahkan ciuman magisnya di pipi Samuel tadi.

Putera HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang