xxxv | a chaotic day out

1.7K 194 168
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ You must have chaos within you to give birth to a dancing star. ❞

Lalat yang sengaja berterbangan betul-betul hadapan wajah aku halau dengan menghayunkan tanganku lemah. Kalau bukan kerana tekakku terasa loya sampaikan tak mampu berkata-kata sekarang, dah lama aku kerjakan Curt yang sejak tadi membebel tak henti-henti. Barangkali sudah seliter air liur terpercik keluar dari mulutnya.

"I'm going to sue this shop!"

Amukannya yang semakin menggila tidak mampu dihentikan oleh kami yang masih speechless ini. Sehinggakan aura elegannya turut hilang entah ke mana dengan keadaan rambut panjang keemasan miliknya yang jarang tak diikat kemas kini persis hantu pontianak Malaysia.

"I still can't believe this..."

Feliks yang masih lagi kaku di sebelah aku menggumam perlahan. Jangan kata dia, aku sendiri juga tidak percaya apa yang sedang berlaku ini. Entah sudah berapa lama aku duduk di atas plastik sampah ini sejak aku, Curt, Feliks dan Hawkin dihumban ke sini oleh para penjaga kedai. Masing-masing langsung tidak teringat untuk bangun gara-gara terlalu terkesima dengan kejadian ini, kecuali Curt yang tidak pandai penat menjerit di muka pintu belakang kedai sejak tadi—menyatakan rasa tidak puas hatinya namun dipalau hidup-hidup. Blue tick.

Bagaimana kami boleh berada di lorong belakang kedai atau dalam kata lain, tempat pembuangan sampah ini?

Begini ceritanya...

// flashback //

"If you are going to Spain during summer time, you will need a plenty of bikinis!"

Aku yang sedang mengikat tali kasut di muka pintu bilikku hampir tersedak air liur sendiri tatkala perkataan "bikini" menjengah gegendang telingaku. Mulut itu memang tak pandai tapis lagi eh?

"The f-"

"A hot one, Alice! Strapless will do good too!"

Terkebelakang batang tubuhku sehingga aku nyaris jatuh terduduk apabila Feliks tiba-tiba sahaja mencangkung di hadapanku—menyamakan ketinggian kami berdua—bersama senyuman lebar tak padan dengan apa dia baru kata terlakar di bibir.

Sebelum sempat kata carutan terlepas dari mulutku, Hawkin pantas menyelamatkan keadaan.

"Guys, you don't want Alice to become the center of attention do you?"

Belakang jaket Feliks dia tarik menyebabkan lelaki berambut perak itu terpaksa berdiri tegak semula. Kedua-dua Feliks dan Curt membawa jari telunjuk mereka ke dagu tanda berfikir.

"Hey, that's right. We can't let any other guys at the beach fall for her."

Usai menarik simpulan terakhir bagi memastikan ikatan pada kasutku betul-betul ketat, aku melompat bintang dari cangkungan sebelum kakiku mendarat semula di atas lantai dengan gaya Sailormoon.

"Forget about that nonsense, now let's go shopping!"

Sebenarnya mengikut rancangan asal Curt, kami sepatutnya melakukan sesi membeli-belah di Granté Premium Outlet ( tempat dia bawa aku dulu tu ) tetapi selepas mendengar cadangan tak berapa bernas aku, kami semua bersepakat untuk melepak di Granté Grand Mall, your typical commoners' mall yang aku tengok tak banyak bezanya dengan pusat beli-belah di Malaysia.

Akhirnya, ada juga sesuatu yang normal di sini.

"Yellow silk dress will look good on Alice."

Gaun kuning cair di tangannya Curt amati penuh judgemental. Fabrik yang lembut itu sesekali dia usap dan hidu dengan teliti. Kenapa perlu hidu? Manalah aku tahu dia. Dia kan banyak berkawan dengan binatang.

Putera HatiWhere stories live. Discover now