Pak Tam menjadi wakil until menghubungi Zia dan Isya kerna mereka adalah keluarga arwah. Sama seperti Anis, keduanya sukar untuk menerima kenyataan ini. Sampaikan Isya pengsan saat dikhabari hal ini. Penerbangan yang ada hanya besok pagi dan sudah siap ditempah oleh Pak Tam. Dengan adanya mereka berdua, harap Anis lebih tenang berbanding hari ini. Keluarga mereka bertiga di kampung juga sudah tahu tentang kepemergian Irah tapi tak dapat mereka nak datang ramai-ramai.
Jenazah Irah yang terbaring kaku di ruang tamu itu dikelilingi beberapa orang majlis. Suara bacaan yaasin berkumandang di rumah besar itu, Anis yang turut ada disitu dapat rasa ketenangan saat membaca tiap kalimah-kalimah suci Allah.
Anis sekarang tak boleh kena usik sikit mesti mengalir airmata terus. Mata pun dari tadi tak habis-habis menangis. Tak langsung ditinggalnya jenazah Irah di situ sampailah ke pagi. Saat disuruh berehat pun dia tak mahu.
Isya dan Zia yang sampai pada pagi harinya sama seperti Anis. Keduanya menangis tak terkawal di samping jenazah.
"Nak... jangan macam ni. Kesian arwah." Pujuk Mak Mah sambil mengelus belakang tubuh kedua sahabat Irah itu.
"Nis.... Irah tinggalkan kita." Kata Zia lencun dengan tangisnya. Anis sekali lagi menangis. Dirangkulnya kedua sahabatnya itu. Dia tahu mereka sama sepertinya terpukul akan kehilangan Irah. Ketiga mereka menangis sambil berpelukan.
Dari memandikan jenazah, sampailah ke tempat persemadian Irah, mereka turut serta walaupun dalam keadaan yang lemah. Mereka menghantar Irah sampai ke liang lahad, tempat di mana menjadi tempat tinggal Irah yang baru. Saat semuanya sudah selesai dan pulang, mereka masih duduk di sana menemani sahabatnya dengan mengalunkan bacaan surah Yassin.
"Rah... Cepat betul kau tinggalkan kami kan." Kata Zia yang sudah mula memerah matanya. Tangannya mengelus tanah yang masih merah ditaburi bunga-bunga.
"Irah... Kalau kami rindu kau macam mana?" Tangis Isya pecah lagi. Anis yang sudah sedikit tenang merangkul sahabatnya.
"Irah... kami balik dulu, nanti kami datang lagi ya. Aku janji akan selalu datang jumpa kau." Kata Anis seraya mengamit tangan kedua sahabatnya itu pergi. Meninggalkan Itah di tempat tinggal yang baru, tak mampu lagi untuk mereka bersua muka. Hanya kubur dan batu nisan sebagai ganti untuk mereka kunjungi sekiranya rindu!
Petang hingga ke malam, mereka sibuk dengan kenduri tahlil. Ramai juga rakan-rakan Irah yang datang bahkan beberapa anak-anak yatim dan juga anak-anak tahfiz dijemput untuk membacakan tahlil buat arwah. Anis memilih untuk menyibukkan dirinya, kerna bila dia keseorangan dia akan teringatkan Irah. Sudah beberapa kali dia disuruh rehat tapi dia berdegil untuk membantu mereka.
Keesokan paginya, awal-awal lagi Anis membawa Isya dan Zia ke hospital dimana bayi kembar dirawat. Oleh kerana kesibukan, mereka tak sempat membawa pulang si bayi kembar itu. Semalaman Anis tak dapat tidur bila mengenangkan si anak kembar masih di hospital. Kalau ikutkan hatinya, semalam juga dia nak ke hospital.
"Muka dia macam Irahlah." Kata Isya yang sedang menggendong si baby girl. Airmatanya gugur lagi, tapi laju diseka bila baby girl itu ikut menangis. Anis yang sedang menggendong si baby boy terus diserahkan pada Zia dan mengambil alih si baby girl. Bila dalam gendongan Anis, baby girl itu mulai diam dan kembali tidur.
"Diam sudah dia. Mau mama Anis juga yang angkat dia kan." Senyum Isya.
"Memanglah sebab mama Isya kuat nangis." Usik Zia.
"Sorry okay, not mama but aku mau anak-anak panggil aku umi." Sengih Isya.
"Kalau macam tu aku ibulah so adil kan." Sambung Ziaa. Anis hanya memerhati saja keletah kedua sahabatnya. Dengan mata yang masih jelas bengkak akibat menangis seharian, awal pagi lagi mereka sudah terpacak di depan hospital ni.
Anis mengurus pengeluaran bayi kembar dari hospital. Pada mulanya sulit lagi-lagi bila mereka bertiga hanya berstatus sahabat pada arwah Irah bahkan Syafiq yang merupakan suami Irah tak dapat dihubungi sejak dari malam kepermegian Irah lagi. Atas bantuan Doktor Suria mereka dapat membawa si bayi kembar pulang.
Tengah harinya pula, mereka bertiga terpacak di bangunan Jabatan Pendaftaran Putrajaya bersama si bayi kembar untuk mengurus sijil lahir. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, bahkan mereka juga mengurus sijil kematian Irah.
Anis membuat keputusan untuk mendaftarkan si bayi kembar sebagai anak angkatnya, pengurusan yang memakan waktu sedikit panjang. Dalam seminggu Anis naik turun mahkamah. Nasib baiklah adik kepada Puan Zahra yang merupakan bekas majikannya bekerja di bahagian guaman dan berkat bantuan Azim, Anis mendapat hak jagaan untuk si bayi kembar.
Ketiga mereka masih muda untuk mengasuh bayi kembar sekaligus. Berkat Mak Mah mereka sedikit demi sedikit belajar, tak sampai sebulan pun mereka sudah tidak kekok lagi mengurus si bayi kembar. Anis bersyukur kerna sahabat-sahabatnya itu sentiasa ada membantunya dalam mengurus si bayi kembar.
Seminggu selepas hak penjagaan jatuh ke tangannya, Anis menemui Doktor Suria untuk meminta bantuan kerna dia ingin menyusukan si kembar agar nanti bila besar nanti tiada lagi isu batas mahram antara dia dan anak angkatnya. Anis sanggup menelan beberapa ubatan dan juga menerima rawatan hospital agar mudah dia mendapat susu badan, dia yang tak suka dengan hospital kini sering mengunjungi hospital kerna dia belum pernah melahirkan.
"Niss... Baby mana?" Soal Isya di seberang talian. Iya, Isya dan Zia sudahpun pulang ke kampung kerna pelajaran mereka yang tak dapat ditinggalkan lagi-lagi mereka akan menduduk final exam. Tak lama lagi kedua sahabatnya itu akan mendapat sijil diploma.
"Tidur sudah lepas menyusu tadi." Kata Anis seraya mengelus pipi si bayi kembar yang lena tidur di dalam babycot.
"Rindu sudah aku sama dorang." Rengek Isya.
"Minggu depankan kami balik juga. Sabarlah." Kata Anis.
"Betul ni?" Riang kembali sahabatnya itu. Sudah sebulan lebih usia si kembar bererti kepermegian Irah juga sudah sebulan lebih. Terlalu cepat waktu berlalu! Seakan baru saja semalam mereka tertawa riang bersama. Anis tiap kali teringat pasti memerah matanya menahan tangis dan sebak.
"Anis... Betul meh kata si Isya?" Soal Zia yang sudah merampas telefon dari Isya. Tadi kedengaran keduanya berdebat, berebut untuk bercakap dengan Anis.
"Iyaa... Lagipun atok sama nenek dorang kan belum jumpa dorang." Kata Anis.
"Syafiq macam mana?" Soal Zia.
"Ntah." Keluh Anis. Amarahnya pada lelaki bernama Syafiq masih tak mampu terpadam.
"Dia kan bapa dorang juga, kau ndak..." Belum pun dia menghabiskan katanya Anis sudah memotong.
"Kalau betul dia tahu dia tu bapa, dia ndak akan hilang macam ni ja. Dari Irah bertarung nyawa melahirkan anak-anak sampailah sekarang, dia ndak muncul. Kalau betul dia sedar dia ada anak-anak, pandailah dia cari nanti." Tegas Anis katakan. Walaupun dia sendiri yang memutuskan hubungan mereka berdua tapi tidak semestinya Syafiq boleh hilang macamtu je! Takde langsung nak jenguk anak-anaknya!
Sebulan lebih dia menanti kemunculan lelaki itu bukan untuk dirinya tapi untuk anak-anak tapi semuanya sia-sia. Anak-anak saja yang azankan Pak Tam, itu yang buatkan Anis terkilan sangat. Si kembar yang tak sempat mencicipi air susu dari ibu kandungnya sendiri bahkan ayahnya tak datang mengalunkan azan di telinga mereka. Mereka lahir ke dunia dan di sambut oleh orang lain. Disebabkan itu dia memilih untuk pulang ke kampung. Menenangkan dirinya seketika, tak pasti sampai bila!
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...