"Hey tunggu la. Kenapa cepat sangat nak gerak ni?" Laju saja Syafiq menahan pergelangan tangan Anis dari terus pergi. Tiba-tiba harini dia gerak awal pergi kerja nasib baik Syafiq nampak tadi.
"Kau sibuk kenapa, aku pandai juga ba pergi kerja sendiri." Marah Anis cuba meleraikan genggaman dari si mulut naga itu.
"No biar aku yang hantar!"
"Ndak mau ba. Ndak payah la paksa-paksa orang." Tanpa kata Syafiq menarik tangan Anis dan dipaksa masuk ke keretanya. Anis yang geram terpaksa membatu.
Sepanjang perjalanan Anis hanya memilih untuk diam dan memandang ke luar.
Sedar tak sedar, tempat yang dituju bukan sudah tempat kerjanya. Anis yang baru tersedar memandang ke arah Syafiq.
"Kenapa ndak hantar aku pigi tempat kerja." Marah Anis bila Syafiq memilih untuk berhenti di Taman yang tak jauh dari taman perumahan.
"Better kau jujur dengan aku, apalagi yang kau tak puas hati ni?" Soal Syafiq dengan suara yang seolah memujuk.
"Okay fine... Aku kan dah janji, aku takkan pergi sana lagi. Itu yang terakhir aku pijakkan kaki kat situ." Kata Syafiq seraya menarik tangan Anis dan digenggam.
"Sorry sebab aku marahkan kau malam tadi, aku just terkejut kau ada kat sana. Tempat tu bahaya tau untuk kau. Mana taknya aku terkejut, siap bergaduh dengan budak Linda tu lagi." Sambung Syafiq seraya menahan jemari yang asyik nak lepas je. Anis pula hanya memilih diam dan membatu. Nak tengok Syafiq pun dia tak hingin!
"Babyy... Please jangan diam macam ni je. Aku tak sukalah kita gaduh tentang benda kecil ni." Pujuk Syafiq lagi.
"Memanglah bagi kau semua benda salah yang kau buat benda kecil ja!" Sindir Anis tak puas hati. Bila permasalahan mereka dikata benda kecil!
"Sorry... Sorry... Aku tau aku yang salah kat sini so please maafkan aku." Pujuk Syafiq lagi.
"Aku boleh maafkan kau dengan syarat." Kata Anis dengan wajah yang masih tak boleh tersenyum.
"Apa? Don't worry aku akan cuba penuhi semua syarat tuan puteri, yang penting lepas ni kita okay balik." Anis sekadar mengangguk mendengar kata si suami yang dah mampu tersengih.
"Kahwin dengan Irah."
"WHAT??" Entah dia salah dengar atau si isteri yang salah cakap.
"Baby cakap apa tadi?" Ulangnya lagi.
"Kahwin dengan Irah."
"NO!!!" Tolak Syafiq serta merta. Isterinya kena sampuk kot masa kat club sebab tu pagi-pagi dah merapu benda tak betul.
"Awal bulan depan aku uruskan majlis kamu dua." Ucap Anis lagi. Dia tak kisah pun dengan tatapan tajam si suami yang membantah habis dengan plan gilanya. Sebenarnya, plan ni mendadak dia pikirkan. Lepas je dia jumpa Linda, si perempuan mulut puaka tu. Dia buat keputusan untuk kahwinkan mereka berdua, dan buktikan kat Linda yang Syafiq dan Irah betul-betul bercinta.
Kalau je Syafiq tak muncul semalam, dia masih lagi nak ganyang perempuan mulut puaka tu sekaligus dengan boyfriendnya yang konon protektif!
"Are you out of your mind?!" Suara itu sudahpun menaik satu oktaf. That means Syafiq marah besar!
"Macam yang aku cakap tadi. Kau setuju dengan syarat aku ataupun kau ndak setuju. Terpulang dari kau! Cuma satu ja yang aku mau kau tau, hubungan kita dua akan sampai sini ja kalau kau pilih untuk tolak syarat aku." Ugut Anis yang masih mampu tayang muka tenang. Sedangkan Syafiq dah macam nak bertukar jadi Hulk.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...